Sabtu, 21 November 2009

KAJIAN TINDAKAN - MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN 'MEN' DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN SATU

KEBERKESANAN PENGGUNAAN

BAHAN-BAHAN AUTENTIK UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN

PENGGUNAAN IMBUHAN ME(N-)

OLEH

KHAIDIR BIN OTHMAN

MA(BM) / B.Ed(Hons) [UPM]

Dip. Ed ( IBBM ) / Ed. Cert.(IPSI)

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

SMK AIR KUNING, MAMBANG DIAWAN, PERAK

ABSTRAK KAJIAN

FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan keberkesanan penggunaan bahan-bahan autentik untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan Me(N-) di kalangan murid Tingkatan Satu.

Seorang pengkaji, seorang guru bahasa Melayu dan 31 orang murid terlibat

PERANCANGAN

Menjalankan ujian pra / awal

Melakukan soal selidik kepada murid

Menjalankan pemerhatian berdasarkan item-item yang ditentukan

Menjalankan rawatan ( PNP )

Penilaian Ujian 1 hingga 3

Penilaian Ujian Pos / Pasca Ujian

TINDAKAN

Melaksanakan PNP berdasarkan 3 model pengajaran iaitu induktif, eklektik model 1 dan eklektik model 2

Bahan-bahan autentik digunakan sepenuhnya sebagai BBM

Kemahiran bahasa difokuskan kemahiran menulis.

Aktiviti individu dan kumpulan dilaksanakan

Guru menjelaskan peraturan-peraturan dan syarat-syarat dan kesesuaian penggunaan

imbuhan Me(N-).

Kemahiran menerang, merangsang, pengukuhan dan penilaian dilaksanakan kepada

murid.

Lingkaran penyoalan juga digunakan semasa guru bersoal jawab dan berbincang.

PENILAIAN

PNP berjaya mengubah tingkah laku murid

Keputusan penilaian menunjukkan peningkatan. Perbandingan dibuat antara ujian pra

dan ujian pos

Murid menguasai penggunaan imbuhan Me(N) dan kefahaman meningkat.

REFLEKSI

Penggunaan bahan-bahan autentik berjaya meningkatkan kefahaman murid

Guru seharusnya memastikan strategi PNP untuk memantapkan pengajaran

Guru mesti mampu menguasai pendekatan, kaedah dan teknik supaya

penyampaian ilmu berkesan kerana guru mempengaruhi kegagalan murid

untuk menguasai sesuatu kemahiran.

Imbuhan Me(N-) merujuk kepada imbuhan Me(N-) dan alomorf-alomorfnya seperti berikut


(i) ‘Me-’sebelum kata dasar awal huruf l, r, m, ng, ny, dan w

(ii) ‘Men-’ sebelum kata dasar awal huruf t, d, c, s ( t dan s digugurkan )

(iii) ‘Mem-’ sebelum kata dasar awal huruf p, b, f, v ( p digugurkan )

(iv) ‘Meng-’ sebelum kata dasar awal huruf k,g, h, kh, gh ( k digugurkan )

(v) ‘Meny-’ sebelum kata dasar awal huruf s dan c (kedua-duanya digugurkan )

(vi) ‘Menge-’ sebelum kata yang mempunyai satu suku kata

(vii) Namun Me(N-) menjadi ‘Men’ bagi semua kata pinjaman.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tatabahasa berfokuskan kata berimbuhan dan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu

Objektif Khusus

(a) Untuk mendedahkan kepada murid tentang peraturan-peraturan kata berimbuhan

Me(N-) supaya kefahaman murid dapat ditingkatkan dan dapat mengurangkan

kesilapan penggunaan bahasa khususnya kemahiran tatabahasa yang menggunakan

imbuhan Me(N-) dalam pola-pola ayat bahasa Melayu.

(b) Untuk meningkatkan penguasaan murid tentang kata berimbuhan Me(N-) bagi tujuan

membina ayat transitif aktif yang gramatis dan betul tatabahasanya

(c) Untuk mengumpulkan maklumat tentang kesesuaian bahan-bahan autentik sebagai

bahan PNP yang boleh merangsang minat murid untuk belajar.

(d) Untuk mengubah pendekatan, kaedah dan teknik dalam amalan pengajaran guru yang

selama ini banyak berpusat kepada guru dan teknik menerang sahaja.

SUBJEK KAJIAN

Murid daripada Tingkatan 1A3. Responden terdiri daripada 22 orang murid Melayu dan 9 orang murid bukan Melayu.

Pemilihan berasaskan prestasi murid ini berada dalam kumpulan sederhana iaitu kelas ketiga terbaik seluruh Tingkatan 1 dengan Ujian Seragam 1 Tahun 2003 diambil kira. Markah paling tinggi ialah 69%.

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian Pra – Ujian yang dijalankan sebelum rawatan kumpulan kajian.

Soal selidik dan pemerhatian – Dijalankan terhadap pelajar dan guru yang terlibat bagi subjek ini.

Ujian 1 hingga 3 – Dijalankan ketika proses rawatan dalam kumpulan kajian

Ujian Pos – Ujian yang dijalankan selepas rawatan.

AMALAN BELAJAR MURID

Selepas Ujian pra dilaksanakan pengkaji mendapati pencapaian murid sederhana iaitu di

bawah 70%

Semasa pemerhatian PNP murid tidak memberikan perhatian, berbual-bual, membuat

bising, meniru jawapan rakan danterdapat kekerapan kesalahan bahasa dalam latihan yang

diberikan oleh guru.

MASALAH MURID SEMASA BELAJAR

Jadual 1 : Masalah utama mempelajari bahasa Melayu

Skala

Sebab

1

Sangat setuju

2

Setuju

3

Tidak Setuju

4

Sangat tidak setuju

Jumlah

Pengajaran guru tidak menarik

15

48.4%

9

29%

6

19.4%

1

3.2%

31

100%

Guru tidak menggunakan BBM

17

54.8%

11

35.5%

2

6.5%

1

3.2%

31

100%

Banyak buku perlu dibaca

18

58.1%

9

29%

3

9.7%

1

3.2%

31

100%

Tidak mengetahui istilah bahasa Melayu

20

64.5%

9

29%

2

6.5%

0

0%

31

100%

Tidak pernah didedahkan dengan kemahiran tatabahasa

17

54.8%

12

38.7%

2

6.5%

0

0%

31

100%


AMALAN PENGAJARAN GURU

Pengkaji berbincang dengan guru terlebih dahulu.

Pemerhatian dilakukan didapati :

Guru banyak menerang / teknik kelas

Interaksi guru – murid hanya sehala

Guru tiada strategi pengajaran

Tiada bahan rangsangan kecuali buku teks

Guru gagal mengawal kelas




Jadual 2 : Keberkesanan Pengajaran Guru terhadap Minat Murid

Skala

Kesan Pengajaran

1

Sangat

Setuju

2

Setuju

3

Tidak

Setuju

4

Sangat

Tidak

Setuju

Jumlah

Sangat berpengaruh

0

0%

2

6.5%

12

38.7%

17

54.8%

31

100%

Berpengaruh

0

0%

4

12.9%

15

48.4%

12

38.7%

31

100%

Tidak berpengaruh

11

35.5.%

14

45.2%

4

12.8%

2

6.5%

31

100%

Sangat

tidak berpengaruh

12

38.7%

17

54.8%

2

6.5%

0

0%

31

100%



TAHAP PENGUASAAN MURID

Jadual 3 : Prestasi Penguasaan murid dari segi jumlah kata berimbuhan Me(N-) yang dihasilkan dalam ujian pra.


Bil. Imbuhan Me(N-)

Kekerapan

Peratus

0 – 5

6 – 10

11 – 15

16 – 19

20 ke atas

9

4

16

2

0

29

12.9

51.6

6.5

0

Jumlah

31

100.0



PERANCANGAN TINDAKAN

Pengkaji merancang untuk melaksanakan PNP dalam kelas dengan berfokuskan penggunaan bahan-bahan autentik.

Teknik penggabungjalinan kemahiran akan digunakan dengan fokus kemahiran ialah kemahiran menulis.

Tiga sesi PNP dilaksanakan iaitu pendekatan induktif, eklektik model 1 dan eklektik model 2.

PNP PENDEKATAN INDUKTIF

Berdasarkan pendekatan yang dicadangkan oleh Paul D.Eggen (1979) :

Organization Chart


PNP PENDEKATAN EKLEKTIK

Gabungan pendekatan deduktif dan induktif.

Generalisasi contoh-contoh generalisasi

( Daripada bahan-bahan autentik )

Gabungan pendekatan induktif dan deduktif

Contoh-contoh generalisasi contoh

( Daripada bahan

-bahan autentik)




PELAKSANAAN TINDAKAN


PNP Model Induktif selama 40 minit dengan fokus kemahiran tatabahasa berimbuhan Me(N-). BBM terdiri daripada transperansi tatabahasa, keratan akhbar, iklan dan gambar kartun serta lembaran kerja.

Aktiviti Pengenalan ( 3 minit )

Murid memberikan contoh-contoh kata dasar.

Guru mencatat dan menggunakan kata dasar dengan imbuhan Me(N-). Guru bersoal jawab

dengan murid.

Murid menyebut perkataan dan guru menjelaskan tajuk pelajaran iaitu penggunaan imbuhan

Me(N-)


• Aktiviti Rangsangan dan Penyoalan ( Contoh-contoh berkaitan – 12 minit )

Guru bentuk 6 kumpulan dan mengedarkan bahan-bahan autentik

Murid meneliti dan mengeluarkan perkataan yang ada imbuhan Me(N-) dan menyatakan

perkataan tersebut.

Murid mencerakinkan imbuhan Me(N-) dan kata dasar mengikut alomorf. Ketua kumpulan catat

di atas tranperansi.Murid melakukan aktiviti perbincangan kumpulan.

Guru bersoal jawab dengan murid. Ketua kumpulan mengemukakan contoh-contoh yang telah

diperoleh. Guru catat di papan tulis.

Murid diedarkan lembaran kerja dan diminta mewarnakan atau menggariskan perkataan

berimbuhan Me(N-). Murid mencerakin sekali lagi dan menyenaraikan di atas kertas.

•Aktiviti Penerangan ( Generalisasi – 7 minit )


Guru menerangkan peraturan-peraturan dan syarat-syarat penggunaan imbuhan Me(N-).

Gunakan tranperansi tatabahasa yang menerangkan penggunaan imbuhan Me(N-).

Murid mencatat dan mengulang semula pernyataan guru.

Murid diminta meneliti semula bahan-bahan autentik dan lembaran kerja yang diedarkan. Guru

minta murid menggariskan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan yang diterangkan oleh

guru. Murid diminta mengemukakan contoh-contoh lain spontan.

• Aktiviti Pengukuhan ( 5 minit )


Murid diminta untuk terus mengemukakan contoh-contoh lain sama ada berdasarkan

bahan-bahan autentik atau pengetahuan sedia ada.

Guru meminta murid membina ayat-ayat mudah yang menggunakan kata terbitan berimbuhan

Me(N-) seperti diterangkan guru.

Guru membaiki ayat-ayat yang salah dan memberikan latih-tubi dan contoh-contoh tambahan.


•Aktiviti Penilaian ( 10 minit )


Guru mengedarkan Ujian Penilaian Pembelajaran 1 untuk meneliti kefahaman murid.


•Aktiviti Penutup ( 3 minit )


Aktiviti kognitif – guru dan murid merumuskan pelajaran pada hari itu.

Aktiviti Sosial – guru memberikan pujian dan terima kasih kepada semua murid. Guru turut

mengumumkan kumpulan yang paling banyak memperoleh imbuhan Me(N-).




PELAKSANAAN TINDAKAN 2

PNP berdasarkan Model Eklektik 1 selama 40 minit mengunakan penggabungjalinan kemahiran dengan fokus kemahiran menulis dan penggunaan imbuhan Me(N-). BBM terdiri daripada bahan-bahan autentik seperti gambar-gambar, keratan akhbar dan majalah. Tranperansi tatabahasa, transperansi kosong dan lembaran kerja turut digunakan.

•Aktiviti Pengenalan ( 3 minit )

Murid diedarkan bahan-bahan autentik secara rawak. Murid menyatakan perkataan

berimbuhan Me(N-) dan ayat-ayat yang digunakan dalam bahan-bahan tersebut.

Guru kemudian menjelaskan tajuk iaitu kata kerja berimbuhan Me(N-)

•Aktiviti Penerangan ( Generalisasi – 7 minit )

Guru menerangkan peraturan-peraturan, syarat-syarat dan rumus penggunaan imbuhan Me(N-).

Guru menunjukkan proses pembentukan kata.

Guru mengaplikasikan dalam ayat-ayat transitif aktif. Penerangan lanjut diberikan oleh guru

dengan menggunakan tranperansi tatabahasa.

Murid menerangkan semula rumus. Guru memberikan contoh berkaitan daripada sebahagian

bahan-bahan autentik tersebut.

•Aktiviti Rangsangan ( Contoh-contoh berkaitan tajuk – 15 minit )

Guru membentuk 6 kumpulan. Bahan-bahan autentik diedarkan dan murid diminta meneliti

bahan-bahan tersebut. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan perkataan berimbuhan

Me(N-) dan perkataan yang boleh menerima imbuhan Me(N-).

Guru mengarahkan murid bergerak dalam satu kumpulan ke meja kumpulan lain. Aktiviti yang

sama dilaksanakan. Murid mencerakinkan perkataan.

Guru meminta murid menyatakan perkataan berimbuhan Me(N-) dengan rumusnya iaitu KKT di

hadapannya objek. Guru kemudian meminta murid membina ayat-ayat. Guru membetulkan

kesalahan ayat jika ada.

•Aktiviti Pengukuhan ( 5 minit )

Ketua kumpulan membentangkan perkataan berimbuhan Me(N-) yang diperolehi dan ayat-ayat

transitif aktif yang telah dibina. Guru meminta murid mengemukakan contoh-contoh mudah

semasa menerangkan semula rumus ( generalisasi )

Murid diberikan lembaran kerja sebagai aktiviti tambahan sebagi pengayaan.

•Aktiviti Penilaian ( 7 minit )

Guru mengedarkan ujian 2 sebagai aktiviti penilaian. Murid diminta memadankan imbuhan,

memisahkan imbuhan dengan kata dasar. Murid juga menjawab soalan-soalan berbentuk kloz.

•Aktiviti Penutup ( 3 minit )

Guru membuat kesimpulan PNP dengan menyatakan rumus penggunaan imbuhan Me(N-)

sebagai aktiviti kognitif dan memberikan keputusan kumpulan terbaik. Guru memberikan

penghargaan dan pujian kepada murid sebagai aktiviti sosial.

PELAKSANAAN TINDAKAN 3

PNP berdasarkan Model Eklektik 2 selama 40 minit mengunakan penggabungjalinan kemahiran dengan fokus kemahiran menulis dan penggunaan imbuhan Me(N-). BBM terdiri daripada bahan-bahan autentik seperti gambar-gambar kartun dan berurutan serta berpandu. Tranperansi tatabahasa, transperansi kosong dan lembaran kerja turut digunakan.



•Aktiviti Pengenalan ( 3 minit )

Guru meminta murid membina ayat daripada perkataan yangdiberikan oleh guru.Perkataan ini

tidak berimbuhan. Murid membaca ayat-ayat tersebut. Guru membetulkan kesalahan murid.

Guru menerangkan tajuk pelajaran iaitu penggunaan imbuhan Me(N-) dalam ayat yang betul.

•Aktiviti Penyoalan / Soal jawab ( 7 minit )

Guru mengedarkan bahan-bahan autentik dan meminta murid meneliti. Bahan-bahan tersebut

ialah gambar berurutan ( berpandu ) bentuk kartun.

Guru meminta murid membina ayat-ayat yang sesuai daripada setiap gambar tersebut.

Guru kemudian bersoal jawab tentang gambar berkenaan. Guru cuba mencungkil maklumat

daripada murid.

Guru seterusnya berbincang untuk mendapatkan contoh-contoh yang sesuai. Murid

menyatakan ayat-ayat tersebut. Guru dan murid mencatat dan memerhatikan ayat-ayat itu

dan murid menyatakan perkataan yang berimbuhan Me(N-) dalam ayat.

Guru membaiki ayat yang luwes / lewah tatabahasanya.

• Aktiviti Menunjuk cara / Penerangan ( 7 minit )

Guru menerangkan peraturan-peraturan, syarat-syarat dan rumus bagi membina ayat tarnsitif

aktif iaitu KKT berimbuhan Me(N-) diikuti objek di hadapannya. Guru menggunakan

transperansi tatabahasa untuk menjelaskan secara terperinci.

Guru menggunakan contoh-contoh yang diberikan oleh murid daripada bahan-bahan autentik

untuk menerangkan konsep penggunaan imbuhan Me(N-). Murid membuat catatan.

Murid diminta menyatakan rumus semula dengan menggunakan contoh-contoh yang lain.

Guru membetulkan pernyataan murid

•Aktiviti Rangsangan ( 10 minit )

Guru membentuk 6 kumpulan. Setiap kumpulan diminta meneliti bahan-bahan autentik lain

yang diedarkan guru.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat-ayat untuk dijadikan karangan ringkas

berdasarkan setiap gambar itu. Murid menulisnya di atas transperansi yang dibekalkan guru. Guru membimbing setiap kumpulan.Guru membetulkan ayat-ayat yang dibina oleh murid.

Ketua kumpulan kemudian diminta untuk membentangkan hasil karangan ringkas yang

diperolehi. Guru membaiki ayat-ayat yang tidak sesuai.

Semua hasil yang ditunjukkan oleh murid digredkan. Guru kemudian menunjukkan contoh-

contoh ayat yang betul berdasarkan bahan-bahan autentik.

•Aktiviti Penilaian ( 10 minit )

Guru mengedarkan ujian 3 sebagai penilaian dan latihan dalam kelas. Murid diminta mengisi

tempat kosong (teknik kloz) berdasarkan bahan-bahan autentik yang diberikan dengan

menggunakan imbuhan Me(N-)

•Aktiviti Penutup ( 3 minit )

Guru kemudian menyimpulkan pelajaran pada waktu itu dengan menyatakan peraturan-

peraturan secara ringkas sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan.

Guru memberikan penghargaan dan pujian sebagai aktiviti sosial.


PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Sebelum kajian

Kebanyakan murid didapati kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru kerana pengajaran guru gagal menarik minat murid, tiada BBM serta guru sendiri kurang menguasai kemahiran tatabahasa sepenuhnya.

Selepas kajian

Sikap murid untuk mengikuti pelajaran meningkat. Tumpuan murid dengan menggunakan bahan-bahan autentik dapt meningkatkan kefahaman tentang penggunaan imbuhan Me(N-). Tahap penguasaan meningkat.

ANALISIS DAPATAN DAN DATA

Jadual 5 : Analisis bandingan kesilapan murid dari segi penggunaan kata terbitan imbuhan Me(N-) dalam ujian pra dan ujian pos

Jenis kesalahan

Kekerapan

Peratus

Ujian

Pra

Ujian

Pos

Ujian

Pra

Ujian

Pos

Imbuhan yang salah

9

3

29

9.7

Imbuhan yang tidak sesuai

12

5

38.7

16.1

Imbuhan yang salah ejaan

14

3

45.2

9.7

Imbuhan kata pinjaman

20

4

64.5

12.9

Imbuhan proses morfofonemik

15

3

48.4

9.7

Jadual 6 : Analisis Prestasi Penguasaan Murid dari Segi jumlah Imbuhan Me(N-) yang dihasilkan dalam ujian pos.


Bil. Imbuhan Me(N-)

Kekerapan

Peratus

0 – 5

0

0

6 – 10

3

9.6

11 – 15

5

16.2

16 – 20

13

41.9

20 ke atas

10

32.3

Jumlah

31

100.0



Jadual 7 : Analisis Prestasi Penguasaan Murid dari segi Markah yang diperolehi dalam ujian pos

Markah

Kekerapan

Peratus

Bawah 40

3

9.6

41 – 49

1

3.2

50 – 64

2

6.5

65 – 79

15

48.4

80 – 100

10

32.3

Jumlah

31

100.0


PENILAIAN DAN REFLEKSI

Terdapat 4 implikasi daripada kajian tindakan ini iaitu :

(a) Penggunaan bahan-bahan autentik merupakan BBM yang praktikal dan seharusnya digunakan di dalam PNP. Bahan ini juga dapat merangsang murid, menarik minat untuk belajar, tidak bosan serta murid dapat bergerak untuk mendapatkan maklumat secara teratur dan kemas. Kelas lebih terkawal dan murid dapat dibimbing tentang tajuk pelajaran.

(b) Penilaian dianggap suatu keperluan yang dapat memberikan maklum balas yang sesuai tentang pencapaian murid. Guru hendaklah memberikan masa yang secukupnya untuk memeriksa dan menilai hasil penilaian murid supaya tahap kemampuan murid dapat dinilai dan ditentukan. Dengan cara ini guru dapat menyokong murid melalui pembetulan dan pembaikan.Kesannya murid mendapat maklumat yang lengkap khususnya berkaitan aspek tatabahasa bahasa Melayu.

c) Strategi pengajaran guru tentang bahan-bahan autentik seharusnya menepati tahap keupayaan murid menguasai kemahiran khususnya penggunaan imbuhan Me(N-). Guru seharusnya merancang strategi pengajaran dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang betul. Perancangan strategi yang sesuai dapat membantu murid meningkatkan prestasi penguasaan kemahiran dan melancarkan penyampaian pelajaran oleh guru.

(d) Untuk menyampaikan pelajaran kemahiran tatabahasa guru disarankan menggunakan

pendekatan induktif dan eklektik yang disesuaikan dengan keperluan murid,

situasi PNP dan aspek-aspek lain. Induktif sesuai digunakan untuk murid yang lemah kerana banyak contoh-contoh dikemukakan, murid kemudian membuat rumusan sebelum diberikanpengukuhan dan pengayaan (aplikasi). Manakala pendekatan eklektik merupakan menggabungjalinkan ciri-ciri yang baik dalam induktif dan deduktif. Pendekatan ini berkronologi dengan guru dan murid memberikan contoh-contoh, diikuti penjelasan guru tentang unsur-unsur tatabahasa, murid diberikan rangsangan dan dibimbing untuk mengesan rumus kemudian memberikan contoh-contoh baru yang sesuai dan diberikan pengukuhan dan pengayaan dan sebaliknya

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian tindakan ini telah mengambil masa lebih sebulan. Namun dicadangkan peruntukkan masa yang lebih panjang seharusnya diberikan bagi kajian selanjutnya dari sudut aspek kemahiran berbahasa yang lain.

Walaupun kajian ini menunjukkan peningkatan penguasaan murid tentang penggunaan imbuhan Me(N-), murid seharusnya menambah pengetahuan mereka melalui pembacaan ekstensif yang dapat membimbing murid untuk memahami tatabahasa dengan lebih lanjut.

Untuk mengajar tatabahasa bahasa Melayu guru perlu menggunakan pendekatan induktif, deduktif dan eklektik dan disesuaikan dengan keperluan murid kerana dalam sesebuah kelas yang terdiri daripada murid yang ‘homogenius’ terdapat murid yang memiliki tahap kemampuan yang berbeza. Guru perlu mempunyai strategi pengajaran dan digabungkan dengan pelbagai disiplin teori seperti teori pengajaran bahasa, teori bahasa dan psikologi pembelajaran supaya pengajaran lebih berkesan.

Walaupun guru telah berjaya meningkatkan penguasaan murid namun kajian ini lebih kepada rumus tatabahasa penggunaan imbuhan Me(N-) sahaja tidak menekankan pendekatan struktur makna iaitu menjelaskan makna imbuhan .Oleh itu, guru boleh menggunakan bahan-bahan autentik ini untuk mengajar konsep imbuhan dengan menekankan struktur makna. Untuk itu pengajaran imbuhan Me(N-) ini boleh dilanjutkan dengan imbuhan apitan kata kerja Memper- dan Memper-----kan.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1996), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia , Kuala Lumpur :DBP

Arbak Othman (1985), Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpr : DBP

Crescent News (1997), Kamus Am, Kuala Lumpur : Penerbit Crescent Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : DBP

Kim Phaik Lah (Dr). et.al (1995) Modul Kajian Tindakan , Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim et. al (1994) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : DBP

Paul D.Egen (1979) Dalam Kamarudin Husin (1997) Kaedah Mengajar Bahasa Melayu, Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Pengikut