Rabu, 4 November 2009

KAJIAN TINDAKAN - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

PENDAHULUAN

1.1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu.

Keputusan untuk melaksanakan kajian tindakan ini apabila murid-murid tingkatan 5 Sains diberikan latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bagi soalan 3b dalam kertas soalan Bahasa Melayu kertas 2. Namun, didapati semua murid dalam kelas ini telah gagal menjawab soalan dengan betul. Susunan ayat yang tidak teratur serta terdapat murid yang langsung tidak menjawab. Guru menunjuk ajar menggunakan kaedah menerang dan murid mendengar. Dengan contoh-contoh secara rawak dikemukakan, harapan guru agar murid mudah faham tidak tercapai. Hanya dua orang murid yang dapat menjawab dalam peringkat memuaskan.

Justeru itu, guru bertindak melihat sejauh mana kefahaman murid terhadap pengajaran guru yang agak terhad ini. Murid-murid kurang berminat kerana mereka mendapati soalan ini sukar untuk dijawab. Guru tidak pernah mendedahkannya sebelum ini dan mereka menganggap tajuk ini merupakan tajuk yang baru dipelajari dan kurang penting.

Pengajaran guru secara ringkas dengan menggunakan teknik contoh-contoh yang bercampur aduk menyebabkan murid makin keliru. Murid mula tidak dapat membezakan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Pengajaran guru mula menjadi tidak kena. Makin diajar murid makin keliru. Guru memberi beberapa latihan. Hasilnya ramai murid daripada enam soalan hanya satu soalan yang betul.Apabila ditanya murid menyatakan pengajaran guru susah untuk difahami dan mereka menjadi semakin tidak berminat.

Oleh sebab guru melihat tajuk ini cukup penting untuk penguasaan kemahiran berbahasa murid, pembinaan struktur ayat yang gramatis serta pemahaman untuk Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu khususnya cerpen, drama dan novel maka suatu pengajaran yang khusus dan menepati kehendak soalan peperiksaan SPM perlu dilaksanakan. Untuk itulah kajian tindakan ini perlu dijalankan.

1.2. Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini seperti berikut :

1.2.1 Objektif Am

Untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang tatabahasa dan kemahiran berbahasa dengan betul.

1.2.2. Objektif Khusus

(a) Untuk mendedahkan kepada murid tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul

(b) Untuk meningkatkan kefahaman murid tentang konsep teori lakuan pertuturan dalam membina struktur ayat dalam bahasa Melayu dengan betul.

(c) Untuk membina suatu pendekatan , kaedah dan teknik amalan pengajaran guru yang berkesan dalam pengajaran kemahiran berbahasa dan pengajaran wacana.

(d) Untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam bahasa Melayu dengan betul.

1.3. Pernyataan Masalah

Seperti yang dinyatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan membina bentuk ayat bahasa Melayu secara gramatis.Kelemahan ini cukup ketara apabila murid-murid diberi latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah namun hampir semua murid gagal untuk membuat latihan tersebut. Oleh demikian suatu kajian tentang penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah perlu dilaksanakan bagi menghuraikan beberapa masalah yang timbul seperti berikut :

(a) kurang faham maksud yang diperlukan dalam cakap ajuk untuk dijadikan cakap pindah. Bagaimana jika cakap ajuk yang diujarkan berlainan maksud yang diberikan oleh murid ?. Apakah impaknya apabila murid gagal memahami kehendak cakap ajuk sebelum ditukarkan kepada cakap pindah ?

(b) Jika menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah ini penting dan ada kaitan dalam membina ayat-ayat yang gramatis terutama dalam membina ayat tunggal dan ayat majmuk, bagaimanakah penguasaannya perlu ditingkatkan supaya murid mudah faham dan dapat membina ayat tunggal dan seterusnya membina ayat majmuk yang betul ?.

Pernyataan masalah di atas dapat dikenal pasti kerana ada kesilapan murid menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan murid sendiri tidak faham maksud cakap ajuk semasa menukarkannya kepada cakap pindah. Jawapan yang diberikan terlalu jauh menyimpang daripada struktur dan maksud yang sebenar. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan iaitu menggunakan teori lakuan pertuturan untuk meningkatkan penguasaan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan menumpukan aspek bentuk, struktur dan kesesuaian penggunaan dalam ayat-ayat berdasarkan kod kognitif serta dapat memberikan suatu manafaat kepada guru dan murid.

1.4. Definisi Konsep

1.4.1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Merujuk Kamus Linguistik DBP/internet ( 2007) cakap ajuk bermaksud ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonansi atau tanda baca. Manakala cakap pindah merupakan ujaran tak langsung atau wacana tak langsung oleh pihak lain selain daripada penutur dan pendengar ( pihak ketiga ).

1.4.2. Kod Kognitif

Merujuk kepada Siti Hajar et.al (1997) kod kognitif ialah suatu kreativiti mental atau kaedah yang menekankan bentuk dan makna. Dalam kaedah ini seseorang yang hendak mempelajari sesuatu kemahiran berbahasa harus mengetahui sistem bahasa yang berdasarkan hukum-hukum dalam ilmu tatabahasa.


METODOLOGI KAJIAN

2.1. Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 26 orang murid Tingkatan 5 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning, Mambang DiAwan, Perak. Dalam kelas ini terdapat 15 orang murid Melayu ( 5 orang lelaki dan 10 orang perempuan ), 6 orang murid India ( 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan ), 3 orang murid Cina ( 3 orang perempuan ) dan 2 orang murid Orang Asli ( seorang lelaki dan seorang perempuan ).

2.2. Batasan Kajian

Kajian ini lebih bertumpu kepada beberapa aspek dan sudut seperti berikut :

(a) Dari segi bahan dan data, kajian ini berdasarkan pengkajian kemahiran berbahasa murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah yang terdiri daripada jenis-jenis ayat bahasa Melayu seperti berikut :

(i) Ayat Penyata termasuk ayat berita dan ayat keterangan.

(ii) Ayat Tanya.

(iii) Ayat Perintah termasuk ayat permintaan, ayat silaan, ayat larangan dan ayat suruhan.

(iv) Ayat Seruan.

Menurut Nik Safiah Karim et.al (1994) ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan bertujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan yang ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama diri kedua dan ayat seruan pula ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonansi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan.

(b) Dari sudut analisis data, aspek yang dikaji ialah keberkesanan penggunaan teori lakuan pertuturan yang menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa murid secara kualititatif dan kuantitatif yang berdasarkan ujian pra, proses rawatan kumpulan kajian ( perancangan tindakan ) dan hasil perubahannya berdasarkan ujian pos. Semua dapatan dianalisis dan dikemukakan dalam kajian ini. Pengkaji turut menjalankan temubual terhadap pengajaran amalan pengajaran guru dan pemerhatian tingkah laku murid dalam kelas mereka semasa sesi pengajaran pembelajaran murid. Matlamatnya untuk melihat sikap dan nilai yang mereka berikan terhadap pengajaran guru.

Menurut Muhamad Yunus ( 1992:160) menjelaskan lakuan tuturan merupakan satu teori yang berasaskan ‘keperihalan keadaan’ dalam pertuturan mengikut kesesuaian, fungsinya dalam hubungan penutur dan pendengar yang harus dinilai dalam keadaan tertentu yang melatarinya iaitu makna sesuatu perkataan itu dituturkan dengan keperihalan bunyi, keperihalan tatabahasa, keperihalan gaya yang secocok iaitu fungsinya dalam masyarakat dan budaya. Ahmad Mahmood (2000) pula menyatakan bahawa teori lakuan pertuturan merupakan penggunaan ayat berdasarkan penginterpretasian makna dan mengambil kira maksud sebenar sesuatu ayat yang diujarkan dan menganggap maksud ayat adalah bergantung kepada lakuan pertuturan penutur dan pendengar. Oleh itu setiap ujaran ayat dalam wacana bukan sahaja mendukung makna berdasarkan jenis dan fungsi ayat malah turut mendukung makna-makna lain dalam ujaran.

2.3. Alat-alat Instrumen Kajian

Bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan langkah-langkah berikut iaitu:-

(a) soal selidik dan pemerhatian : Dijalankan terhadap murid Tingkatan 5 Sains.

(b) Ujian Pra : Ujian dijalankan sebelum rawatan kumpulan kajian

(c) Ujian 1 hingga 3 : Ketika proses rawatan dalam kumpulan kajian

(d) Ujian Pos : Ujian yang dijalankan selepas rawatan.



PELAKSANAAN DAN PROSEDUR KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini pengkaji telah menggunakan skema kajian tindakan berterusan dan berdasarkan reka bentuk kajian yang dinyatakan sebelum ini. Menurut Dr. Kim Phaik Lah et. al ( 1995 ) gelungan jenis ini merupakan model yang mementingkan gelungan langkah yang melibatkan 5 langkah asas dalam satu gelungan dan gelungan pertama akan diikuti gelungan kedua dalam satu kajian tindakan yang berterusan. Antara langkah tersebut ilah.

3.1. Langkah Mengenal Pasti Isu, Masalah serta Situasi

Pada peringkat ini pengkaji telah memberikan suatu tinjauan aspek-aspek yang ada kaitan dengan masalah yang dinyatakan seperti berikut :

3.1.1. Amalan Belajar Murid

Pada bahagian ini pada mulanya pengkaji telah memberikan suatu latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan teknik menerang dengan mengemukakan contoh-contoh yang mudah kerana berpendapat murid telahpun didedahkan dengan kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya. Pada peringkat ini guru mengenal pasti amalan belajar murid melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan menggunakan cara gundalan. Didapati murid-murid tidak memberikan perhatian kepada pengajaran guru, murid-murid bertanya-tanya sesama mereka, meniru jawapan daripada rakan sebelah.dan ada yang langsung tidak membuat latihan.kerana tidak faham cara untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul.Apabila guru memeriksa latihan yang diberikan guru dapati murid telah menghasilkan latihan seperti berikut


Jadual 1 : Latihan Murid Untuk Refleksi Pembelajaran yang Lalu

Jawapan yang Betul

Kekerapan

Peratus

Tidak menjawab langsung

3

11.5

0

5

19.2

1

10

38.5

2

6

23.1

3

2

7.7

4

0

0

5

0

0

6

0

0

Jumlah

26

100












Berdasarkan Jadual 1 di atas didapati jumlah yang berada di tahap yang terlalu lemah ialah seramai 24 orang iaitu 92.3 %. Ini menunjukkan tahap pengetahuan murid menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah berada di tahap yang lemah dan perlu dibaiki. Selain daripada melihat jumlah penghasilan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam latihan yang diberikan, guru turut mendapati banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa menjawab soalan seperti dalam jadual di bawah.


Jadual 2: Kesalahan Murid Semasa Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Jenis-Jenis Kesalahan Ayat

Kekerapan

Peratus

Ayat Penyata

10

38.5

Ayat Tanya

19

73.1

Ayat Perintah

21

80.8

Ayat Seruan

20

77.0

Berdasarkan Jadual 2 di sebelah menunjukkan kadar kekerapan dan peratus kesalahan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Didapati peratus kesalahan dalam ayat perintah lebih tinggi jika dibandingkan dengan ayat tanya dan ayat seruan. Bagi ayat penyata kadarnya gak kecil kerana ayat ini mudah sedikit berbanding ayat-ayat yang lain.

3.1.2. Masalah Murid Semasa Belajar

Selepas seminggu melalui pemerhatian guru, pengkaji telah mengemukakan temubual dan soal selidik kepada murid. Guru bersoal jawab selama 5 minit dengan murid untuk mengetahui masalah mereka tentang pembelajaran kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Tujuannya ialah untuk mendapat maklumat dan meningkatkan cara pengajaran guru agar murid dapat menguasai kemahiran ini.

Jadual 3 : Masalah Utama Mempelajari Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Skala

Masalah Pembelajaran

Murid

1

Sangat Setuju

2

Setuju

3

Tidak Setuju

4

Sangat Tidak Setuju

Jumlah

Pembelajaran tidak menarik

12

46.2%

9

34.6%

3

11.5%

2

7.7%

26

100%

Tidak tahu membuat nota

9

34.6%

11

42.4%

4

15.3%

2

7.7%

26

100%

Tidak faham perkara yang diajar

13

50%

11

42.4%

1

3.8%

1

3.8%

26

100%

Kurang daya ingatan

12

46.2%

10

38.5%

3

11.5%

1

3.8%

26

100%

Topik yang diajar susah

13

50%

11

42.4%

1

3.8%

1

3.8%

26

100%

Perbincangan kumpulan tidak berkesan

9

34.6%

10

38.5%

5

19.2%

2

7.7%

26

100%

Malas membaca nota yang diberi guru

18

69.3%

5

19.2%

2

7.7%

1

3.8%

26

100%

Berdasarkan Jadual 3 di atas jelas boleh disimpulkan bahawa tidak faham perkara yang diajar dan topik yang diajar susah sebanyak 92.4% merupakan faktor utama masalah murid mempelajari menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah iaitu faktor guru. Hanya faktor malas membaca nota yang diberi guru sebanyak 88.5% merupakan faktor murid.

3.1.3. Amalan Pengajaran Guru

Selain daripada menilai amalan dan masalah murid semasa belajar, pengkaji juga menilai amalan pengajaran guru dalam pembelajaran dan pembelajaran menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.. Satu soal selidik telah diberikan kepada murid untuk menilai dan meninjau kelemahan guru semasa mengajar berkaitan tajuk ini selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan 29 orang murid telah menyatakan seperti jadual di bawah ini.

Jadual 4 : Keberkesanan Pengajaran Guru Terhadap Murid Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Skala

Amalan Pengajaran

Guru

1

Sangat Setuju

2

Setuju

3

Tidak Setuju

4

Sangat Tidak Setuju

Jumlah

Pengajaran guru tidak menarik

14

53.9%

7

27%

4

15.3%

1

3.8%

26

100%

Guru banyak bercakap

15

57.7%

10

38.5%

1

3.8%

0

0%

26

100%

Guru tidak menggunakan bahan bantuan mengajar

10

38.5%

14

53.9%

1

3.8%

1

3.8%

26

100%

Guru tidak pernah dedahkan tajuk ini

13

50%

12

46.2%

1

3.8%

0

0%

26

100%

Guru menggunakan contoh yang susah

10

38.5%

10

38.5%

4

15.3%

2

7.7%

26

100%

Latihan guru tidak membantu pemahaman

10

38.5%

14

53.9%

1

3.8%

1

3.8%

26

100%

Guru kurang memberi latihan

10

38.5%

14

53.9%

1

3.8%

1

3.8%

26

100%

Jika diteliti jadual 4 di atas telah menunjukkan dalam pengajaran guru tentang menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah jelas kesilapan guru kerana banyak bercakap 96.2%, tidak pernah mendedahkan tajuk ini 96.2%, latihan yang lemah dan tidak teratur 92.4% menyebabkan pengajaran yang tidak menarik sebanyak 80.9%. Oleh itu kajian ini penting untuk mengubah persepsi murid terhadap guru.

3.1.4. Tahap Penguasaan Murid

Untuk mendapatkan maklumat dan jawapan permasalahan kajian ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra dengan mengemukakan jenis dan bentuk ayat serta menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang prestasi dan tahap penguasaan murid tentang menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Melalui ujian pra ini pengkaji akan dapat menilai kemampuan murid berdasarkan beberapa analisis penemuan sebelum merancang tindakan seperti jadual berikut :

Jadual 5 : Prestasi Penguasaan Murid dari Segi Jumlah Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Bil Cakap Ajuk

Kekerapan

Peratus

0 – 10

1

3.8

11 – 20

3

11.5

21 – 30

20

77.0

31 – 40

2

7.7

40 ke atas

0

0

Jumlah

26

100

Selain melihat penguasaan murid dalam menghasilkan jumlah menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, pengkaji juga melihat prestasi murid berdasarkan jumlah markah yang diperoleh daripada ujian pra tersebut.

Jadual 6 : Prestasi Penguasaan Murid dari Segi Markah yang Diperoleh Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.

Markah

Kekerapan

Peratus

Bawah 40

4

15.4

41 – 50

11

42.3

51 – 65

10

38.5

66 – 80

1

3.8

81 – 100

0

0

Jumlah

26

100

Berdasarkan jadual 5 dan 6 di atas telah menunjukkan bahawa prestasi murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah adalah lemah dan rendah. Seramai 24 orang murid telah gagal menjawab menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah iaitu 92.3% manakala jika diukur dari segi pencapaian marakah seramai 21 orang murid atau 96.2 % hanya mampu memperoleh markah bawah 65%.. Ini menyebabkan pengkaji merasakan tindakan kajian ini patut dan bertepatan sekali untuk meningkatkan prestasi murid.

3.2. Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Setelah pengkaji mengenal pasti isu, masalah dan situasi yang berlaku dalam mengajarkan topik ini , pengkaji telah merancang tindakan dengan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran atau proses rawatan kumpulan kajian bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik lakuan pertuturan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa bahasa Melayu murid dengan fokus utama menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan kaedah kod-kognitif. Antara langkah yang diambil dalam kajian ini adalah seperti berikut :

3.2.1. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Untuk dapatan kajian ini, pengkaji telah merancang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran ( selepas ini pengajaran dan pembelajaran disebut PNP dan pengkaji disebut guru ) yang berfokuskan kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan menggunakan teknik lakuan pertuturan. Tiga pendekatan pengajaran bahasa Melayu telah digunakan oleh guru berdasarkan model-model yang diketengahkan oleh Paul D. Eggen (1979) dalam Siti Hajar Hj Abdul Aziz et.al (1997). Kaedah penggabungjalinan yang merangkumi aspek lisan, membaca dan menulis turut digunakan guru. Namun fokus kemahiran berbahasa, membina struktur ayat tunggal dan majmuk akan ditekankan. Untuk melihat keberkesanan dan meningkatkan penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah pengkaji telah melaksanakan sendiri empat sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi pengajaran yang ditetapkan. Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah :-

3.2.1.1.Pendekatan Induktif

Pada peringkat ini dalam PNP guru telah menggunakan struktur kemahiran intelektual.Guru telah menggunakan dua masa 80 minit untuk melaksanakan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah berdasarkan ayat tanya dan ayat penyata. Ini kerana kedua-duanya saling berkaitan berdasarkan soal jawab. Melalui cara ini guru dapat membentuk kemahiran berbahasa murid serentak dalam bentuk kod kognitif iaitu konsep bentuk dan makna dengan lebih detail supaya PNP guru untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah untuk ayat perintah dan ayat seruan agak mudah sedikit.

Dicadangkan pada peringkat membentuk konsep, pengkaji mendengarkan dialog daripada rakaman laptop. Murid diminta mendengar dengan teliti. Kemudian guru menayangkan dan mengedarkan dialog yang telah diperdengarkan tadi. Murid diminta meneliti dan membaca dialog tersebut. Murid diminta mengenal pasti jenis-jenis ayat yang ditayangkan.

Guru kemudian menerangkan langkah seterusnya bahawa selain daripada ayat di atas fungsinya untuk bertanya dan menjawab, ayat-ayat tersebut turut mendokong struktur makna yang lain. Walaupun ayat tersebut jenis ayat tanya yang fungsinya untuk tujuan menanyakan sesuatu hal namun ayat tanya turut mengandungi makna-makna perlakuan yang lain. Begitu juga ayat penyata walaupun fungsinya menjawab ayat tanya iaitu maksud membuat sesuatu pernyataan namun ayat penyata tersebut turut mendokong makna-makna perlakuan yang lain. Ini yang dikaitkan berdasarkan niat dan tujuan sebenar penutur dan pendengar dalam sesuatu dialog.

Pada peringkat ini guru mengedarkan dan menerangkan gambar rajah struktur tanya jawab dengan pelbagai kemungkinan makna. Contohnya pertanyaan – jawapan, permintaan – persetujuan, ajakan – penolakan, nasihat – ketidakendahan dan sebagainya. Guru kemudian bersoal jawab dengan murid menyatakan makna ayat berdasarkan dialog dan gambar rajah struktur makna yang diberikan.

Pada peringkat membuat generalisasi, murid diminta mengklasifikasikan jenis ayat dan makna lakuan yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Murid diminta mencatatkannya. Guru kemudian mengedarkan bahan panduan syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul. Berdasarkan bahan panduan yang diedarkan guru menunjukkan contoh-contoh menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan proses membina ayat tunggal atau ayat majmuk yang tepat.

Pada peringkat mencubakan generalisasi murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan melakukan perbincangan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah secara keseluruhan dialog yang telah diberikan tadi. Kemudian ketua kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Guru membetulkan kesalahan murid jika ada.

Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 1 sebagai bahan penilaian untuk melihat keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Pada peringkat penutup guru membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan dan penghargaan sebagai aktiviti sosial.

3.2.1.2. Pendekatan Deduktif

Pada peringkat PNP ini, dengan menggunakan model pengajaran deduktif yang masih lagi menekankan kemahiran intelektual guru telah mengambil masa selama 40 minit untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam struktur ayat seruan. Namun sebelum itu struktur kognitif (isi PNP utama ) ditekankan terlebih dahulu berbanding PNP mengikut model induktif iaitu murid mempelajari rumus, syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ayat seruan dan kemudian mengaitkan dengan contoh-contoh yang sesuai.

Pada peringkat mengemukakan generalisasi guru akan menerangkan rumus lakuan pertuturan yang terkandung dalam ayat seruan. Guru mengedarkan syarat rumus ayat seruan selain daripada fungsinya untuk melahirkan sesuatu perasaan namun ayat ini mengandungi makna kehairanan, terkejut, memuji, mengumumkan, memberi amaran dan sebagainya Seterusnya melalui bahan edaran, guru menerangkan syarat-syarat dan peraturan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Murid diminta meneliti rumus, syarat-syarat dan peraturan sebagai struktur isi.

Pada peringkat menganalisis konsep guru mengemukakan contoh-contoh ayat seruan. Murid juga diminta mengemukakan contoh-contoh lain ayat seruan selepas meneliti contoh guru. Semua contoh ditunjukkan di papan tulis. Berdasarkan contoh-contoh tersebut guru menerangkan proses menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah berdasarkan makna lakuan pertuturan tadi. Guru membimbing murid membina struktur cakap pindah dalam ayat tunggal atau ayat majmuk. Murid mencatat semua contoh-contoh yang diberikan. Guru bersoal jawab dengan murid.

Dalam peringkat mencubakan generalisasi guru mengemukakan contoh-contoh lain berdasarkan ayat seruan daripada bahan KOMSAS iaitu cerpen yang dipilih daripada antalogi kerusi. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mengedarkan ayat-ayat seruan mengikut kumpulan masing-masing.Seterusnya berdasarkan PNP guru, murid berbincang untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Ketua kumpulan seterusnya akan membentang hasil perbincangan masing-masing. Guru memantau hasil PNP murid dan membetulkan jika ada kesalahan.

Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 2 sebagai bahan penilaian untuk melihat keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Pada peringkat penutup guru membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan dan penghargaan sebagai aktiviti sosial.

3.2.1.3 Pendekatan Eklektik

Pada sesi PNP yang ketiga, guru telah menggunakan pendekatan eklektik dengan teknik pemusatan bahan-bahan mengajar sepenuhnya dengan menggunakan teori lakuan pertuturan dalam ayat perintah selama 40 minit seperti gambar rajah di bawah ini. Proses penggabungjalinan kemahiran berbahas dan subjek digunakan. Penekanan PNP ini masih lagi berfokuskan kemahiran berbahasa menulis.

Pada peringkat mengemukakan contoh-contoh, guru memberikan beberapa contoh yang sesuai yang diambil daripada novel dan ditunjukkan kepada murid. Kemudian guru meminta murid memberikan contoh-contoh dialog jenis ayat perintah yang lain yang juga terdapat dalam novel yang dipelajari.. Guru bersoal jawab tentang ayat perintah yang ditunjukkan berdasarkan subjenis ayat perintah iaitu fungsi ayat perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan seperti suruhan, larangan, silaan dan permintaan.

Pada peringkat generalisasi guru telah menerangkan rumus lakuan pertuturan iaitu makna ayat bukan sahaja tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan namun ayat perintah tersebut mengandungi makna mengarah, menjemput, mempersilakan, memberi amaran, mengingatkan, memohon, menasihati dan sebagainya bersesuaian dengan sesuatu tindakan kesan daripada maksud ayat perintah iaitu bersetuju, menolak, ketidakendahan dan sebagainya. Guru juga turut bersoal jawab dengan murid tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan menukarkan cakap ajuk kepada cakp pindah bagi ayat perintah. Guru menunjukkan contoh-contoh yang betul. Kemudian murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk daripada ayat perintah ( menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah ) dengan menggunakan contoh-contoh yang lain. Guru membetulkan kesalahan jika ada.

Pada peringkat mengemukakan contoh-contoh tambahan guru telah membahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan menggunakan novel yang telah dipelajari guru mengemukakan contoh-contoh yang lain berkaitan ayat perintah. Setiap kumpulan diminta menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ayat perintah. Ketua kumpulan membentang hasil perbincangan dan kemudian bersoal jawab. Guru membetulkan jika terdapat kesalahan.

Pada peringkat penilaian guru mengedarkan ujian 3 sebagai bahan penilaian untuk melihat keberkesanan PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ayat perintah. Pada peringkat penutup guru membuat kesimpulan sebagai aktiviti kognitif dan mengumumkan pemenang kumpulan dan penghargaan sebagai aktiviti sosial.

PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, semasa menjalankan sesi PNP dengan menggunakan teori lakuan pertuturan dan bahan-bahan bantuan mengajar pengkaji telah dapat membuat pemerhatian seperti berikut :

4.1. Perubahan Tingkah Laku Murid

4.1.1. Sebelum kajian : Kebanyakan murid didapati kurang memahami teknik atau kaedah yang betul untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dan kurang berminat apabila soalan ini dikemukakan dalam kertas peperiksaan atau latihan kerana ramai yang tidak tahu untuk menjawab soalan bahagian kemahiran berbahasa ini. Antara sebabnya utama yang dapat dikenal pasti termasuklah guru langsung tidak pernah mendedahkan atau mengajar aspek kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, pengajaran guru yang kurang menarik dan tidak tersusun, murid keliru dan contoh-contoh yang susah difahami.

4.1.2. Selepas kajian : Sikap murid untuk mengikuti pelajaran meningkat tambahan pula kemahiran berbahasa ini dijangkakan oleh guru keluar dalam peperiksaan tahun ini.Tumpuan murid untuk mengetahui teori lakuan pertuturan dengan detail bertambah dan mereka turut menganggap topik ini penting kerana secara tidak langsung mereka dapat mengetahui teknik membina ayat tunggal yang gramatis dan mencantumkan ayat dengan menggunakan kata hubung dan kata relatif ‘yang’ dalam membina ayat majmuk.

4.2. Penggunaan Instrumen

Pengkaji (guru) telah menggunakan pelbagai instrument dalam kajian ini. Antara instrument yang digunakan ialah :

(a) Borang soal selidik digunakan selepas latihan soalan kemahiran berbahasa 3(b) dan ujian pra dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah dan situasi selepas refleksi keputusan pra diperoleh.

(b) Bahan-bahan dialog, latihan, buku-buku KOMSAS digunakan sebagai bahan bantuan mengajar sepanjang sesi PNP.

(c) Laptop dan lembaran kerja sebagai bantuan mengajar sokongan dalam PNP

(d) Soalan-soalan Ujian Pra, Ujian 1 hingga 3 dan Ujian Pos diberikan sebagai suatu penilaian yang berterusan untuk dapatan kajian dan data serta dianalisis.

4.3. Strategi Pengumpulan Data

Untuk mengumpulkan data, pengkaji telah menjalankan soal selidik selepas ujian pra diberikan kepada murid, Tujuannya untuk melihat keberkesanan PNP guru dalam kelas. Seterusnya pengkaji telah melaksanakan tiga sesi PNP sebagai proses rawatan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah berdasarkan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu mengikut tiga pendekatan iaitu induktif, deduktif dan eklektik dan penilaian turut diberikan. Akhirnya pengkaji telah memberikan ujian pos untuk melihat perbezaan penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul. Semua data dinilai dan dianalisis.

4.4. Analisis Dapatan dan Data Kajian

Sepanjang kajian dijalankan guru telah menggunakan kedah kod koginitif dengan pendekatan induktif, deduktif dan eklektik dalam pengajaran dan pembelajaran menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Dengan menggunakan contoh-contoh daripada cerpen, novel dan keratan kartun serta wawancara mudah penguasaan murid dalama topik ini telah menunjukkan perkembangan yang baik. Murid-murid telah menguasai kemahiran berbahasa ini dengan baik. Berdasarkan hasil ujian akhir murid telah dapat meningkatkan penguasaan dan kefahaman mereka tentang menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul. Kesalahan membina ayat khususnya ayat majmuk semasa memindahkan cakap ajuk telah menurun seperti berikut :

Jadual 7 : Analisis Bandingan Kesalahan Murid Semasa Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah antara Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jenis Kesalahan

Kekerapan

Peratus

Ujian Pra

Ujian Pos

Ujian Pra

Ujian Pos

Salah konsep

15

3

51.7

10.3

Salah keseluruhan jawapan

9

0

31.0

0

Cakap pindah yang tidak tepat

18

4

62.1

13.8

Langsung tidak menepati syarat dan peraturan

10

2

34.5

6.9

Tidak menepati kehendak / maksud ayat

21

6

72.4

20.7

Berdasarkan jadual 7, daripada 26 orang murid yang telah melaksanakan ujian pos, bilangan murid yang telah salah konsep semasa menjawab telah menurun seramai 12 orang iaitu penurunan sebanyak 41.4%, salah keseluruhan jawapan menurun kepada 0%, kesalahan cakap pindah yang tidak tepat menurun seramai14 orang iaitu sebanyak 48.3%, kesalahan langsung tidak menepati syarat dan peraturan menurun seramai 8 orang dengan perbezaan 27.6% dan kesalahan tidak menepati kehendak atau maksud ayat telah menurun seramai 15 orang atau perbezaan sebanyak 51.7%.

Selain itu jika ditinjau berdasarkan prestasi murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah pengkaji juga telah dapat meningkatkan pencapaian penguasaan murid dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam ujian akhir. Secara keseluruhannya prestasi ini dapat ditunjukkan seperti dalam jadual 8 di bawah :

Jadual 8 : Analisis Prestasi Pencapaian Murid Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah dalam Ujian Pos

Bil Cakap Ajuk

Kekerapan

Peratus

0 – 10

0

0

11 – 20

0

0

21 – 30

7

26.9

31 – 40

10

38.5

40 ke atas

9

34.6

Jumlah

26

100

Di samping itu, jika dilihat pula dari segi perolehan markah bagi ujian akhir telah turut menunjukkan peningkatan yang baik seperti dalam jadual 9 di bawah.

Jadual 9 : Analisis Prestasi Pencapaian Markah Murid Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah dalam Ujian Pos.

Markah

Kekerapan

Peratus

Bawah 40

0

0

41 – 50

1

3.8

51 – 65

3

11.5

66 – 80

17

65.5

81 – 100

5

19.2

Jumlah

26

100

Merujuk kepada jadual 9 jika dibuat perbandingan dengan jadual 6 penguasaan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dari segi pemerolehan markah telah meningkat. Daripada 26 orang murid seramai 5 orang telah berjaya memperoleh 81 – 100 markah menunjukkan peningkatan yang amat baik iaitu 19.2% berbanding 0% dalam ujian pra. Jumlah yang memperoleh melebihi 66 hingga 80 markah telah meningkatkan seramai 17 orang berbanding seorang dalam ujian pra dengan perbezaan 61.7%. Bagi murid yang mendapat antara 51 hingga 65 markah jumlah mereka telah dikurangkan dengan perbezaan sebanyak -27%. Namun begitu masih terdapat seorang murid yang berada di tahap yang memuaskan iaitu 3.8%. Seorang murid ini ialah seorang murid bukan Melayu (Cina).

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan peningkatan seperti yang diharapkan oleh pengkaji. Ternyata teori lakuan pertuturan yang digunakan dibantu oleh bahan-bahan bantuan mengajar lain seperti lembaran kerja, ujian-ujian dan kaedah serta pendekatan yang sesuai di samping perbincangan berkumpulan dapat meningkatkan penguasaan murid untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.

PENILAIAN DAN REFLEKSI

Kajian ini merupakan satu analisis pencapaian yang dijalankan berasaskan eksperimen untuk melihat peningkatan penguasaan dalam kalangan murid Tingkatan 5 Sains dalam menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah secara kod kognitif ( bentuk dan makna ) dengan menggunakan teori lakuan pertuturan yang dikemukakan oleh Austin (1962) dan Searle (1969). Konsep ini telah diaplikasikan secara meluas oleh Dr Ahmad Mahmood Musanif (2000) untuk kajian wacana tanya dan jawab dalam bahasa Melayu. Berdasarkan keputusan dan petunjuk yang diterima, didapati bahawa penggunaan teori ini dalam PNP menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dalam dialog bahasa Melayu telah menunjukkan kesan yang positif dalam merangsang ke arah peningkatan keupayaan murid.Jika dilihat daripada proses PNP yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dalam tiga sesi pengajaran telah menyatakan beberapa implikasi seperti berikut :

(a) Pengaplikasian teori ini dalam PNP yang disampaikan oleh guru telah dapat menarik minat murid untuk mengetahui secara mendalam teori ini dan perkaitannya dengan dialog dan ayat-ayat bahasa Melayu khususnya kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Secara tidak langsung kemahiran ini turut berjaya membimbing murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Murid turut didedahkan dengan kata hubung dan kata pancangan relatif ‘yang’, kata komplemen bahawa dan untuk serta kata keterangan. Murid turut mendapat kemahiran berbahasa menggabunggkan ayat.

(b) Untuk menentukan keberkesanan penguasaan murid terhadap PNP dalam kelas murid mesti diberikan suatu penilaian kerana penilaian ini dianggap sebagai suatu keperluan yang dapat memberikan maklum balas yang sesuai tentang pencapaian murid. Guru seharusnya memperuntukkan masa yang mencukupi untuk memberi, memeriksa dan menilai hasil penilaian murid supaya tahap kemampuan mereka dapat diukur, dinilai dan ditentukan. Dengan cara ini, murid dapat dibekalkan dengan maklumat yang lengkap supaya aspek yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa khususnya pembinaan ayat bahasa Melayu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dengan itu, aspek kemahiran berbahasa murid akan dapat disempurnakan mengikut kehendak sukatan pelajaran semasa.

(c) Guru mesti meningkatkan penguasaannya dalam aspek pendekatan, kaedah dan teknik PNP supaya penyampaian guru dalam PNP lebih berkesan dan menarik. Ramai guru gagal menyampaikan PNP yang baik kerana guru gagal memanfaatkan pengetahuan pendekatan , kaedah dan teknik yang pernah mereka amalkan semasa menerima latihan perguruan. Terdapat juga strategi pengajaran guru yang tidak tepat dan guru gagal merancang strategi yang baik. Perancangan strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja boleh membantu murid meningkatkan prestasi penguasaan dalam kemahiran tertentu tetapi juga dapat melancarkan penyampaian ilmu oleh guru kepada murid-murid. Walaupun kadang-kadang guru keliru dalam menyampaikan pengajaran namun penyusunan strategi berdasarkan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan betul dapat meleraikan masalah tersebut.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap responden untuk menilai peningkatan murid dalam kemahiran berbahasa menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan menggunakan teori lakuan pertuturan telah mengambil masa hampir dua bulan. Oleh demikian dicadangkan peruntukkan masa yang lebih panjang seharusnya diberikan bagi kajian selanjutnya yang melibatkan menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk pula supaya kajian serentak dapat dilakukan. Denga itu kefahaman murid akan meningkat. Murid juga akan dapat menguasai satu lagi kemahiran secara tidak langsung iaitu tanda baca dan bahasa lisan.

Sungguhpun kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perubahan tingkah laku, minat murid dan menunjukkan perubahan kefahaman murid namun murid-murid perlu menambah bacaan mereka seperti buku, surat-surat khabar sisipan, jurnal dan bahan-bahan bacaan yang sesuai yang ada menerangkan kemahiran berbahasa dan struktur pembinaan ayat. Dengan cara ini juga PNP murid tidak akan terhad dalam bilik darjah malah pengetahuan mereka akan meningkat melalui pembacaan ekstensif yang dapat membimbing murid untuk memahami kemahiran berbahasa dengan lebih detail.

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan PNP. PNP yang berkesan dan baik ialah guru mengetahui secara mendalam aspek-aspek pedagogi dalam penyampaian pengajarannya. Guru sebagai fasilitator dan pengubah tingkah laku murid. Untuk itu guru perlu bersedia dengan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang berkesan. Guru juga perlu melaksanakan penggabungjalinan dan penyerapan serta penilaian yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Walaupun dalam kajian ini menekankan pendekatan induktif , deduktif dan eklektik sebagai suatu strategi pengajaran guru hendaklah mengaplikasikan pelbagai disiplin teori seperti teori pengajaran bahasa, teori bahasa dan psikologi pembelajaran suapaya pelaksanaan PNP nampak lebih berkesan.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahmood Musanif (2000), Konsep Pertanyaan Berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan Melayu, Jurnal Dewan Bahasa 44(12) hal. 1 – 9

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Semakan 2003. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual Kursus Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kim Phaik Lah (Dr) et.al. (1995), Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan Malaysia

Laman Web DBP (2007), Kamus Linguistik MABBIM : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yunus Maris (1992), Keperihalan Keadaan : Satu Teknik Menganalisis Makna dalam Abdullah Hassan ‘Rencana Linguistik’ hal 159 - 164

Nik Safiah Karim et.al. (1994), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Paul D.Egen (1979) dalam Siti Hajar Hj Abdul Aziz et.al (1997), Kaedah Mengajar Bahasa Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut pada kertas yang berasingan yang disediakan. Jika pencapaian anda ialah 80 % atau lebih anda tidak perlu lagi mengikuti bahan pembelajaran berikutnya .

A. Arahan : Tuliskan nombor yang diberikan di bawah ini pada hujung cakap ajuk berikut dengan betul

I. Ayat Penyata

II. Ayat Tanya

III. Ayat Perintah

IV. Ayat Seruan

1.

“Mat, tengah buat apa tu ? “kata ibu kepada Ahmad.

2.

“Jangan sekali-kali kau usik barang ini, “pesan Salim kepada Abu.

3.

“Baru sekajap tadi dia lalu di sini, “kata Basir.

4.

“Hanim, cuba kau masukkan garam dalam gulai itu,”pinta ibu.

5.

“Wah, cantik betul baju kau hari ni! “kata Malik

6.

“Boleh tak ambilkan saya beg tu? “kata Minah

7.

Farid : Aku tak dapat ikut. Anak aku sakit.

8.

“Aduh, sakit betul kaki aku ni! “jerit Samad

9.

“Cis, kalau kau berani ambillah buku itu! “bentak Shamsul

10.

Salmah : Kau tahu tak siapa ambil kasut aku?.

( 20 markah )

B. Arahan : Isikan ruang yang disediakan di bawah ini berdasarkan cakap ajuk di bawah mengikut jenis ayat (fungsi) dan maksud sebenar ayat.

Bil

Cakap Ajuk

Fungsi

Maksud

Ch

“Nak makan ke tak ? “kata ibu Hamid kepadanya

bertanya

mengajak / pelawaan

1.

“Besok diberikan sehari cuti umum, “kata Perdana Menteri Malaysia

2.

“Ayah kalau ke hutan jangan sendirian, “ kata Ali kepada ayahnya

3.

“Eh, kau seorang aje yang balik! “kata Maidin kepada anaknya

4.

“Ke mana Din, maghrib-maghrib ni berjalan tak berbaju? “Pak Itam menegur.

5.

Saja-saja ambik angin, cuaca panas betul hari ini, “balas Din

6.

Tambahlah nasi tu lagi, “kata Hasni kepada rakannya

7.

“Ai, tak mahu cuci sekarang ni juga! “Kata Tupin

8.

“Nanti kau ajak adik kau angkat kayu tu, “ingat emak kepada Yusri

9.

Samy : Kesian kucing tu dah dilanggar motosikal

10.

Kamariah : Tahun ini kita merayakan 50 tahun merdeka.

( 20 markah )

C. Arahan : Tukarkan perbualan di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah strukturt dan maksudnya.

Fauzi : Ayah bila kita nak balik rumah atuk lagi ?

Ayah : Tunggulah cuti sekolah nanti.

Fauzi : Tak sabarlah nak jumpa atuk.

Ayah : Ayah tahu kamu sebenarnya suka ikut atuk ke sungai.

Fauzi : Yalah, Fauzi suka teman atuk pergi pancing ikan. Kadang-kadang atuk ajak Fauzi ke kebun juga. Seronok tau ayah.

1. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

3. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

5. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

( 20 markah )

D. Arahan : Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

“Sarah, tolong ambil bubur kacang di dapur, “pinta mak. “Bubur kacang, siapa buat mak ? “tanya Sarah. “Kakak kau masak tengah hari tadi, “balas mak. “Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama ayah, “ tambah mak lagi. Baiklah mak, tentu sedap bubur kakak buat, Sarah pun dah lapar ni, jawab Sarah.

1. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

3. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

4. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

5. ____________________________________________________________

____________________________________________________________

( 20 markah )

E. Arahan : Berdasarkan petikan dialog daripada novel “Julia” tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul.

1. “Julia, ambil wang ini dan pergi tukar dengan dolar Autralia, “ kata Mama (ms 3 )

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. “Julia, pak cik harap Julia tabah dan bersedia mendengar berita ini, “ kata Pak Cik Khairil. (ms 52 )

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

3. “Tolong bawa fail Butik BMPRO sekali, “ aku menghubungi Encik Hashim. ( ms 87)

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

4. “Ha, engkau tu bila nak mula belajar? “ kata nenek. (ms 63 )

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

5. “Kami harap dapat bawa pelancong Jepun dan Korea ke kawasan ini, “beritahu Encik Ehsan (ms 114 )

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

( 20 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Pengikut