Sabtu, 7 September 2013

Skema Jawapan Percubaan SPM Kertas 1 Tahun 2013 ( SELARAS BP )


 

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN

SPM BAHASA MELAYU KERTAS 1


2 Jam 15 Min

  

SKEMA JAWABAN / GARIS PANDUAN UNTUK GURU

BAHAGIAN A

 Soalan:
 

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti kejiranan dalam kalangan masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 - 250 patah perkataan.

 Dimensi                      : Masyarakat

Format                       : Tiada

Tugasan Soalan         :

 
Murid-murid dapat menghuraikan usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat Malaysia yang dinyatakan dalam bahan rangsangan.

 Cadangan Isi             :

1.      Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong – bekerjasama membersih kawasan tempat tinggal – saling berkenalan semasa bergotong-royong – lahir masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan

2.      Mengamalkan ziarah-menziarahi – jiran yang sakit atau mengadakan kenduri – membantu atau turut meraikan majlis yang diadakan – wujud masyarakat yang saling menolong antara satu sama lain yang lahir dari semangat kejiranan

3.      Menganjurkan rumah terbuka – masyarakat berbagai-bagai kaum hadir – saling berkenalan – mengenali adat dan budaya kaum-kaum di negara ini – wujud rasa hormat-menghormati – masyarakat harmonis yang lahir dari semangat kejiranan


 
BAHAGIAN B

 

Soalan 1

Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian.

Sebagai pelajar, bincangkan cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

 Dimensi                      : Diri

Format                       : Tiada

Tugasan Soalan         :

Murid-murid dapat menghuraikan cara-cara dia (ada saya/kita dalam ayat tapik) mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

 Cadangan Idea          :

 1.      Membeli barang yang perlu sahaja – kitar semula

2.      Membawa bekalan makanan ke sekolah.

3.      Membantu keluarga berjimat cermat – membantu keluarga menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah.

4.      Mengelakkan pembaziran – menggunakan barangan dengan cermat dan membeli mengikut keperluan.

5.      Menabung wang untuk digunakan semasa diperlukan. 

6.      Mengamalkan makan di rumah

7.      Menggunakan air dan elektrik dengan cermat

 

Soalan 2

Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh berita yang melibatkan kehilangan, penculikan, dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

 Huraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.
 

Dimensi                      : Keluarga

Format                       : Tiada

Tugasan soalan          :

 Murid-murid dapat menghuraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.

 Cadangan Idea                      :

1.      Ibu bapa dan ahli keluarga berperanan memastikan keselamatan anak-anak pada setiap masa.

2.      Ibu bapa dan ahli keluarga berperanan memberi didikan kepada anak-anak tentang keselamatan diri.

3.      Ibu bapa dan ahli keluarga berperanan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak supaya mereka berasa disayangi, dihargai dan selamat – tidak mengabaikan anak-anak.

4.      Ibu bapa dan ahli keluarga berperanan tidak lalai dalam menjaga keselamatan anak-anak.

 
Soalan 3

 Kerajaan mewajibkan Dasar 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.

 Tulis rencana tentang manfaat dasar tersebut kepada negara.

 Dimensi                      : Negara

Format                       : Rencana – tolak markah format

                                                        Tiada tajuk – tolak 1

                                                        Tiada nama penulis – tolak 1 

 Tugasan Soalan         :

Murid-murid dapat menulis rencana tentang manfaat dasar 1Murid 1Sukan kepada negara

Cadangan Idea                      :


1.      Melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia.

2.      Memupuk perpaduan kaum.

3.      Menyediakan pelapis dalam bidang sukan demi kecemerlangan sukan negara.

4.      Meningkatkan ekonomi negara melalui penganjuran pertandingan-pertandingan sukan.

5.      Melahirkan rakyat yang sihat fizikal dan mental.

  

Soalan 4

 Krisis kekurangan makanan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama antara negara serantau.

 Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.

Dimensi                      : Antarabangsa

Format                       : Tiada

 Tugasan Soalan         :

 Murid-murid dapat menyenaraikan bentuk kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis makanan di rantau ini.

 Cadangan Idea          :

 1.      Setiap negara di dunia mengadakan program makanan masing-masing - satu deklarasi perlu dikeluarkan dalam negara yang bernaung di bawah panji PBB – setiap negara yang memiliki tanah pertanian mesti mengusahakan sektor ini – persefahaman seperti ini akan membantu setiap negara dalam usaha untuk mengerjakan sumber pertanian ini.

2.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju boleh membuat pelaburan berkaitan dengan sektor pertanian di negara-negara membangun – pelaburan boleh dilaksanakan dalam sektor pertanian – negara-negara membangun mempunyai sumber tanah dan buruh – perkara ini akan mengurangkan kos.

3.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju  boleh menyuntik modal pinjaman kepada negara-negara membangun untuk mengusahakan sektor pertanian – cara ini membolehkan negara-negara membangun mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam usaha membangunkan pertanian di negara mereka sendiri.

4.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju  boleh berkongsi menyediakan kepakaran dalam sektor pertanian – pakar-pakar boleh memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk mengusahakan dan memajukan sektor pertanian dengan lebih cekap – membolehkan pulangan yang lumayan

5.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju boleh berkongsi teknologi / pelbagai mesin yang canggih berkaitan dengan sektor pertanian – mesin tersebut boleh mengurangkan kos buruh – mesin-mesin ini juga menambah produktiviti pertanian.

6.      Malaysia/ negara-negara jiran / negara maju menyalurkan bantuan kemanusia kepada negara serantau yang menghadapi masalah makanan – bencana alam.

 Soalan 5

Membaca karya sastera dapat menyemai perasaan cinta akan negara, menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengajaran kepada pembaca.

Bincangkan.

Dimensi                      : KOMSAS

Format                       : Tiada

 Tugasan Soalan         :

 Murid-murid dapat menghuraikan bagaimana karya-karya sastera memupuk semangat cinta akan negara , menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat memberikan pengajaran . Murid-murid dikehendaki  mengemukakan contoh  relevan yang dipetik dari mana-mana bahan karya sastera sama ada dalam bentuk puisi, cerpen atau novel. Murid-murid dibenarkan memasukkan isi lain tanpa menggugurkan ketiga-tiga saranan isi yang telah diberikan (hurup ditebalkan)
 

Cadangan Idea                      :

1.      Menyemai perasaan cinta akan negara

-          Isi cerita menaikkan semangat

-          Ucapan atau kata-kata menimbul rasa ingin berjuang

-          Semangat perjuangan watak dalam karya  menyuntik keberanian, semangat patriotic.

-          Kekejaman dan kerakusan  penjajah yang terdapat dalam karya


2.      menambahkan ilmu pengetahuan

-          dalam karya terdapat pelbagai ilmu – sejarah, geografi, sains

-          ilmu dalam karya jadi panduan

-          tindakan watak dalam cerita boleh memberi ilmu kemanusiaan dan pengalaman berguna kepada pembaca

 
3.      memberikan pengajaran

-          peristiwa, tindakan watak, dan isi boleh dijadikan panduan kepada pembaca

 

Pengikut