Khamis, 17 Mei 2012

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2 (ASAS)

PANDUAN MENJAWAB BAHASA MELAYU
1103/2 – BAHASA MELAYU KERTAS 2 .

1. FORMAT KERTAS 2
1.1 NAMA KERTAS : BAHASA MELAYU KERTAS 2
1.2 KOD KERTAS : 1103/2 MASA : 2½ JAM 110 MARKAH
1.3 BENTUK SOALAN :
ADA EMPAT SOALAN ( MESTI JAWAB SEMUA SOALAN )
SOALAN 1 - RUMUSAN (30 MARKAH )


SOALAN 2 - PEMAHAMAN (35 MARKAH )
SOALAN 2a - PEMAHAMAN UMUM (9 MARKAH )
SOALAN 2b - CERPEN / DRAMA (9 MARKAH )
SOALAN 2c – PETIKAN PROSA TRADISIONAL (8 MARKAH )
SOALAN 2d – PUISI TRADISIONAL / SAJAK (9 MARKAH )


SOALAN 3 - TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BAHASA (30 MARKAH)
SOALAN 3a - BINA AYAT (6 MARKAH)
SOALAN 3b - SINTAKSIS / AYAT (6 MARKAH)
SOALAN 3c - MEMBETULKAN KESALAHAN
EJAAN DAN IMBUHAN (6 MARKAH)
SOALAN 3d - MEMBETULKAN KESALAHAN
PENGGUNAAN KATA/ISTILAH DAN TATABAHASA (6 MARKAH)
SOALAN 3e - PERIBAHASA MELAYU (6 MARKAH)

SOALAN 4- KAJIAN NOVEL (15 MARKAH)
SOALAN 4a - KBKK (7 MARKAH)
SOALAN 4b - STRUKTUR SASTERA (8 MARKAH)
SEMUA ASPEK STRUKTUR SASTERA KECUALI SUDUT PANDANGAN DAN GAYA BAHASA .

1.4. TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN.
BACA SOALAN RUMUSAN DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN KATA KUNCI 1, ISU 1, KATA KUNCI 2 DAN ISU 2.

Contoh Soalan 1 – Rumusan
[ 30 Markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang akibat ( KK1 ) pengambilan gula berlebihan ( ISU 1) dan cara-cara (KK2) mengawalnya dalam masyarakat (ISU2). Panjangnya rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

1.4.1. APABILA MEMBINA RUMUSAN, RUMUSAN HENDAKLAH DIBINA DALAM EMPAT PERENGGAN IAITU :
PERENGGAN 1 - PERENGGAN PENDAHULUAN
PERENGGAN 2 - PERENGGAN ISI TERSURAT ( KK1 DAN ISU 1 )
PERENGGAN 3 - PERENGGAN ISI TERSIRAT ( KK2 DAN ISU 2 )
PERENGGAN 4 - PERENGGAN PENUTUP / KESIMPULAN

1.4.2. SETELAH MEMBACA SOALAN, PENDAHULUAN DAN KESIMPULAN SUDAH BOLEH DIBINA.
1.4.2.1. PENDAHULUAN DIBINA DENGAN MENUKARKAN KATA KUNCI 1 KEPADA PERKATAAN YANG SINONIM DENGAN KATA KUNCI TERSEBUT.
CONTOH SOALAN 1
AKIBAT DITUKARKAN KEPADA KESAN / IMPAK / IMPLIKASI. MANAKALA ISU 1 DIKEKALKAN. OLEH ITU BINA AYAT PENDAHULUAN SEPERTI BERIKUT
Petikan ini menerangkan kesan-kesan / impak-impak / implikasi-implikasi pengambilan gula berlebihan dalam masyarakat.

1.4.2.2. KESIMPULAN DIBINA DENGAN MEMASUKKAN KONSEP AYAT MAJMUK KETERANGAN HARAPAN ( SUPAYA / AGAR ) IAITU ADA CADANGAN DAN HARAPAN DALAM BENTUK PENGAJARAN.
CONTOH SOALAN 1
Kesimpulannya, kita hendaklah mengawal pengambilan gula secara berlebihan (CADANGAN) supaya / agar kesihatan kita lebih terjamin dan hidup sihat. (HARAPAN)
1.4.3. UNTUK ISI TERSURAT, ISI-ISINYA HENDAKLAH DIAMBIL DARIPADA PETIKAN TEKS BERDASARKAN KATA KUNCI 1 DAN ISU 1 SAHAJA. HANYA 6 – 7 ISI TERSURAT SAHAJA YANG DIPERLUKAN
1.4.4. UNTUK ISI TERSIRAT, ISI-ISINYA HENDAKLAH DIFIKIRKAN DAN TIDAK ADA KAITAN DENGAN PETIKAN TEKS TETAPI ADA KAITAN DENGAN KATA KUNCI 2 DAN ISU 2. HANYA 2 – 3 ISI TERSIRAT SAHAJA DIPERLUKAN
1.4.5. PASTIKAN JUMLAH BILANGAN PERKATAAN UNTUK RUMUSAN TIDAK MELEBIHI 120 PATAH PERKATAAN

1.4.6. CONTOH FORMAT RUMUSAN.
Petikan menerangkan __________(KK1 yang telah ditukarkan) _________________(Isu 1)
Antara ________(KK1 yang telah ditukarkan) ialah / adalah ___________________________(S1),
_______________________(S2), _________________________(S3), ___________________(S4),
______________________(S5), _________________________(S6) dan _________________(S7).

Seterusnya __________(KK2) _______________(Isu 2) ialah / adalah ___________________(T1),
_______________________(T2) dan __________________________(T3)

Kesimpulannya, kita hendaklah _________________________________(Cadangan) supaya / agar ______________________(Harapan) [ PENGAJARAN ]

____ patah perkataan


Sila buat latihan ini .
Rumusan
[ 30 Markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang akibat pengambilan gula berlebihan dan cara-cara mengawalnya dalam masyarakat . Panjangnya rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Kenaikan 20 sen harga gula pada 1 Januari lalu, mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana mereka bimbang berlaku peningkatan harga barangan utama. Lazimnya disusuli kenaikan harga makanan-makanan lain. Dari sudut harga dan kepenggunaan, ini ada kebenarannya. Hakikatnya, ramai lebih peka dan prihatin soal kenaikan harga berbanding ‘barah’ dari sudut kesihatan akibat pengambilan gula berlebihan.
Pengambilan gula pada kadar yang terlalu banyak sebenarnya telah menyebabkan peningkatan bilangan pesakit diabetes atau kencing manis. Namun ramai yang tidak menyedarinya. Pengambilan lebih daripada sepatutnya bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah menjadikan seseorang itu mengalami lemah anggota badan, tekanan dan kemurungan diri. Risiko yang paling berbahaya apabila kadar gula yang tinggi boleh menjejaskan sistem badan hingga menyebabkan mata buta. Presiden Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor berpendapat bahawa tindakan menaikkan harga gula mungkin akan membebankan golongan yang tidak berkemampuan tetapi mereka boleh dibantu dengan cara lain. Hal ini adalah lebih baik untuk mengelakkan ancaman penyakit akibat daripada pengambilan gula yang berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam telah mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan lain seperti obesiti. Kadar yang banyak juga boleh menjadikan sistem imum tubuh manusia terganggu
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 billion penduduk dunia mengalami obesiti dan kegemukan disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan bergula, kurang melakukan aktiviti fizikal, ketidakseimbangan antara pengambilan dan penggunaan kalori serta makanan yang berlemak dan rendah vitamin. Di samping itu, seramai 20 peratus dalam kalangan dewasa mendapat kerosakan gusi dan karies gigi yang teruk. Gula juga boleh menjejaskan platelet darah yang menjadi punca masalah jantung dan seterusnya memburukkan kesihatan lagi sebagai penyebab tulang rapuh, masalah ginjal dan hati yang turut dikaitkan dengan tumor barah. Buktinya, pada tahun 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan mengalami masalah kesihatan tersebut. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Ini seharusnya menyedarkan kita bahawa apabila kadar gula yang banyak dalam darah boleh menyebabkan angin ahmar serta ginjal tidak berfungsi dengan normal.
Kewajaran pihak kerajaan untuk menaikkan harga gula sepatutnya telah dibuat sejak dahulu lagi. Jikalau kenaikan harga gula menyebabkan harga minuman atau makanan kegemaran kita naik, mungkin ini masanya untuk kita berubah selera kepada menu yang lebih memberikan manfaat terhadap kesihatan kita.
( Dipetik dan diubah suai daripada
“Kawal Pengambilan Gula”
oleh Hafizah Iszahanid
Dalam Berita Harian, 05 Februari 2010)


1.5. TEKNIK MENJAWAB PEMAHAMAN

1.5.1. KONSEP ISI CUKUP (IC) DAN AYAT GRAMATIS (AG)

1.5.1.1. 2 MARKAH - ISI CUKUP ( 2 ISI )

1.5.1.2. 3 MARKAH - ISI CUKUP AYAT GRAMATIS ( 2 ISI )
IC AG - 3 MARKAH
IXC AG - 2 MARKAH
IXC AXG - 1 MARKAH

1.5.1.3. 4 MARKAH - ISI CUKUP AYAT GRAMATIS ( 3 ISI )
IC AG - 4 MARKAH
IC AXG - 3 MARKAH
IXC AG - 2 MARKAH
IXC AXG - 1 MARKAH

1.5.1.4. SOALAN 2a - ADA TIGA SOALAN
i. MAKSUD RANGKAI KATA (2 MARKAH)
ii. JAWAPAN IKUT TEKS (3 MARKAH)
iii. JAWAPAN KBKK (4 MARKAH)

SOALAN 2b - ADA TIGA SOALAN
i. JAWAPAN IKUT TEKS (2 MARKAH)
ii. JAWAPAN KBKK (3 MARKAH)
iii. JAWAPAN KOMSAS (4 MARKAH)

SOALAN 2c - ADA TIGA SOALAN
i. MAKSUD RANGKAIKATA / JAWAPAN IKUT TEKS (2 MARKAH)
ii. JAWAPAN IKUT TEKS (3 MARKAH)
iii. JAWAPAN KBKK (3 MARKAH)

SOALAN 2d - ADA TIGA SOALAN
i. MAKSUD RANGKAI KATA / BAIT / JAWAPAN IKUT TEKS (3 MARKAH)
ii. JAWAPAN KBKK (3 MARKAH)
iii. JAWAPAN KOMSAS (3 MARKAH)


Sila buat latihan ini.

Soalan 2 – Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata lebih peka dan prihatin
( 2 markah )

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca seseorang itu boleh mengalami obesiti dan kegemukan.

Nyatakan tiga punca tersebut.
( 3 markah )

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh anda lakukan untuk mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat?.

Kemukakan empat peranan.
( 4 markah )



Soalan 2(b)- Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum?” Wah mula masuk campur.
Israk dan Mikraj terpempan.
“Wah tahu, kamu berdua bertekak fasal Wah, bukan? Wah sedar siapa diri Wah. Wah tinggal di kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman mewah. Setiap hari kamu lihat pencakar langit, tapi di sini cuma ada pokok yang mencakar langit. Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya makan makanan tradisional, tak sedap pada kamu. Wah sedar Israk selesa dengan keadaan seperti itu. Wah tahu…”
Wah memandang cucu-cucunya. Kuyu mata Wah, tetapi tentu kuyu lagi jiwa dan raganya.
“Wah tahu kamu berdua tak selorong. Tapi, jangan jadi macam anjing dengan kucing di dalam rumah Wah ini. Pantang nenek moyang Wah bertekak, bertikam lidah, tikai-menikai, maki-memaki, atau atau apa sahaja di dalam rumah, ni. Dulu, kalau kami bergaduh, deras ambil wuduk. Samalah macam bomba padamkan api. Kita juga bomba yang memadamkan syaitan yang dijadikan daripada api itu dengan wuduk. Sudahlah, berbaik-baiklah kamu, moga-moga Allah membahagiakan hidup kita sekeluarga.”

(Dipetik daripada ‘Israk’
oleh Erda Roslan Khairi
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan bukti yang menggambarkan kesederhanaan hidup Wah.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang seharusnya dilakukan oleh remaja untuk mengeratkan hubungan dengan warga tua seperti Wah.

Nyatakan dua peranan [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar
tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]



Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak.
Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurnai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang yang masuk di dalam bubunya, lalu direbus gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah hasum diam tiada berkata-kata.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
( Dipetik daripada
‘Merah Silu’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Merah Silu setelah membawa pulang cacing gelang-gelang tersebut ke rumahnya.
[2 markah]

(ii) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki oleh Merah Silu.
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda mempunyai kekayaan seperti Merah Silu, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada masyarakat setempat.

Berikan dua sumbangan
[3 markah]



Soalan 2(d) – Petikan Puisi

SAJAK :DI PERPUSTAKAAN


Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Gambarkan suasana di perpustakaan seperti yang terdapat dalam sajak.
[2 markah]

(ii) Sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk menarik lebih ramai murid berkunjung ke perpustakaan?

Nyatakan dua usaha.
[4 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak.
[3 markah]


1.6. TEKNIK JAWAB SOALAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

1.6.1. BINA AYAT ( 6 MARAKH )
► BINA 6 AYAT TUNGGAL.
► AYAT MESTI ADA SUBJEK DAN PREDIKAT.
► AYAT LOGIK DAN BETUL STRUKTURNYA.
► TANDA BACA BETUL JIKA GUNAKAN CAKAP AJUK.

1.6.2. SINTAKSIS / AYAT

1.6.2.1. TUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF DAN SEBALIKNYA.

1.6.2.1.1. AYAT AKTIF – MESTI MENGGUNAKAN IMBUHAN ‘MEN’

1.6.2.1.2. APABILA MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF PASTIKAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) YANG DIGUNAKAN DALAM AYAT AKTIF.
JIKA KGND 1 DAN 2 MAKA GUNAKAN STRUKTUR AYAT PASIF KGND 1 DAN 2 IAITU KGND 1 ATAU 2 MESTI DILETAKKAN DI DEPAN KATA KERJA.

CONTOH;

AYAT AKTIF : KAMU TELAH MENGHANTAR BUKU ITU SEMALAM
AYAT PASIF : BUKU ITU TELAH KAMU HANTAR SEMALAM

JIKA KGND 3 – GUNAKAN IMBUHAN DI PADA KATA KERJA
CONTOH :

AYAT AKTIF : IBU MENJAHIT BAJU ADIK
AYAT PASIF : BAJU ADIK DIJAHIT OLEH IBU


1.6.2.2. TUKAR AYAT SUSUNAN BIASA (SB) KEPADA AYAT SONGSANG (SS) DAN SEBALIKNYA.

1.6.2.3. KENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT TERMASUK AYAT KETERANGAN JIKA ADA. BAWA PREDIKAT KE HADAPAN DAN SUBJEK KE BELAKANG. KEKALKAN AYAT KETERANGAN.

SB : DIA BARU PULANG DARI LAUT PETANG TADI
S P AT

SS : BARU PULANG DARI LAUT DIA PETANG TADI
P S AT


1.6.2.4. MENGGABUNGKAN AYAT DAN MEMISAHKAN AYAT.

1.6.2.4.1. MENGGABUNGKAN AYAT.
► PASTIKAN SUBJEK DAN PREDIKAT. LIHAT SAMA ADA SUBJEK ATAU PREDIKAT YANG SAMA. GUGURKAN SALAH SATU, JIKA SUBJEK SAMA GUGURKAN SUBJEK, JIKA PREDIKAT YANG SAMA GUGURKAN PREDIKAT KEMUDIAN GABUNGKAN MENGGUNAKAN KATA HUUNG YANG SESUAI, KATA ‘YANG’ , ‘UNTUK’ ATAU ‘BAHAWA’

►GABUNGKAN MENJADI TIGA AYAT MAJMUK SAHAJA.

1.6.2.4.2. MEMISAHKAN AYAT
► BACA AYAT MAJMUK DAN KESAN PADA SUBJEK DAN PREDIKAT.
► SETELAH DIKENAL PASTI, JADIKAN AYAT TUNGGAL DENGAN MEMBENTUK SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM SATU AYAT TUNGGAL.
► BINA 6 AYAT TUNGGAL.

1.6.3. TEKNIK MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

► BACA AYAT YANG DIBERI DENGAN TELITI
►LIHAT PADA KATA DASAR SAHAJA UNTUK MENGESAN KESALAHAN EJAAN
►LIHAT PADA PERKATAAN YANG BERIMBUHAN SAHAJA UNTUK MENGESAN KESALAHAN IMBUHAN
► JAWAB DALAM BENTUK ‘POINT’ SAHAJA TANPA MENULIS SEMULA AYAT.

1.6.4. TEKNIK MEMBETULKAN KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN TATABAHASA

►BACA AYAT YANG DIBERI DENGAN TELITI.
►LIHAT PADA KATA DASAR YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMPASTIKAN SESUAI ATAU TIDAK KATA YANG DIGUNAKAN DALAM AYAT.
►LIHAT STRUKTUR AYAT YANG DIGUNAKAN. KESALAHAN TATABAHASA BIASANYA PADA STRUKTUR AYAT SEPERTI AYAT TRANSITIF AKTIF, AYAT PASIF, HUKUM DM, PENGGUNAAN KGND.
►JAWAB DALAM BENTUK ‘POINT’ SAHAJA TANPA MENULIS SEMULA AYAT.

1.6.5. TEKNIK MENJAWAB PERIBAHASA
► KUMPULKAN SEMUA TATABAHASA TINGKATAN 4 DAN 5.
►SEMAK MAKSUD PERIBAHASA GUNAKAN KAMUS PERIBAHASA
► BINA AYAT BERDASARKAN PERIBAHASA.


1.7. TEKNIK JAWAB NOVEL

1.7.1. BAGI SOALAN 7 MARKAH

► KEMUKAKAN 2 ISI DAN 2 PERISTIWA
► MARKAH BAHASA 3M ( BAIK ), 2M ( SEDERHANA ) 1M ( LEMAH )

CONTOH:

4a. Nyatakan tema novel yang anda pelajari. Huraikan dua contoh peristiwa yang menyokong penyataan anda. [7 m]
Dalam novel Kembara Amira temanya ialah berkasih sayang. Dua contoh peristiwa tema berkasih sayang ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Peristiwa Profesor Zaidah menasihati Amira kerana tidak memaklumkan kepadanya hasrat Amira ke Air Terjun Angin sehingga berlakunya Amira jatuh ke dalam sungai dan hampir lemas menunjukkan Profesor Zaidah sayang akan Amira anaknya.
Seterusnya, kasih sayang seorang rakan kepada rakan yang lain. Peristiwa Amira dan rakan-rakannya bekerjasama untuk mencari Malique yang telah hilang diculik oleh lembaga berbulu yang akhirnya Malique telah ditemui dalam keadaan lemah di puncak Gunung Gua Gajah.

I = 4m
B = 3 m
J = 7m


Dalam novel Azfa Hanani temanya ialah berkasih sayang. Dua contoh peristiwa tema berkasih sayang ialah kasih sayang seorang perempuan kepada sepupunya. Peristiwa Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Tengku Mazran dan isterinya Syafinas untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata ingin membantu sepupunya mendapatkan perbelanjaan perubatan Zuraini yang mengidap sakit lumpuh.

Di samping itu, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Peristiwa Datin Maziah sanggup membeli dan menghadiahkan sebuah kereta kepada Tengku Murni sempena hari jadi Tengku Murni menunjukkan Datin Maziah terlalu meyayangi anaknya.

I = 4m
B = 3 m
J = 7m

4a. Kita hendaklah bekerjasama dalam masyarakat.
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua contoh peristiwa yang dapat membuktikan penyataan tersebut.
Dalam novel Azfa Hanani bekerjasama dalam masyarakat ialah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis. Peristiwa Azfa Hanani menggantikan Tengku Ellina sebagai pengerusi forum remaja sekolah kerana Tengku Ellina terpaksa mengendali mesyuarat untuk malis Hari Sumbangsih sekolah mereka.

Seterusnya bekerjasama menjayakan sesuatu perancangan. Peristiwa Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamat keadaan Datin Maziah yang sakit akibat kemalangan jalan raya.

I = 4m
B = 3 m
J = 7m

1.7.2. BAGI SOALAN 8 MARKAH

1.7.2.1.JIKA SOALAN HANYA BERDASARKAN SATU NOVEL SAHAJA TEKNIK PADA SOALAN 7 MARKAH BOLEH DIAPLIKASIKAN.

1.7.2.2. JIKA SOALAN PERBANDINGAN DUA BUAH NOVEL
► KEMUKAKAN SATU ISI DAN SATU PERISTIWA BAGI SETIAP NOVEL.
►MARKAH BAGI 1 ISI DAN PERISTIWA 3 MARKAH. OLEH SEBAB ITU 2 ISI DAN 2 PERISTIWA 6 MARKAH. JAWAPAN MESTI DIBERIKAN DALAM BENTUK PERBANDINGAN.

CONTOH :

4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan persoalan ketabahan dalam setiap novel. [8m]
Dalam novel Azfa Hanani persoalan ketabahan ialah ketabahan menimba ilmu pengetahuan. Peristiwa sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dia tabah dan gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.

Manakala dalam novel Kembara Amira persoalan ketabahan ialah ketabahan mengharungi hidup Peristiwa Tau tabah menghadapi dugaan hidup setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.

I = 6m
B = 2m
J = 8m


4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua unsur suspen dalam setiap novel.
Dalam novel Azfa Hanani unsur suspens ialah ketika watak utama dipanggil oleh pengetua sekolah . Peristiwa Azfa Hanani dipanggil oleh pengawas untuk berjumpa pengetua telah menyebabkan Azfa Hanani terkejut dan berasa takut kerana dia menyangka bahawa dia akan dihukum kerana mengambil buku di perpustakaan sekolah.

Manakala dalam novel Kembara Amira unsur suspen ialah ketika watak utama jatuh ke dalam air terjun. Peristiwa Amira yang sedang menunggu Malique tiba-tiba terjatuh ke dalam Air Terjun Angin dan hampir lemas. Jacinta cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal. Akhirnya Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau.


SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM 2012





CATATAN TAMBAHAN

TEKNIK JAWAB SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
1.SOALAN 3(a) :BINA AYAT ( 6 MARKAH )
► BINA 6 AYAT TUNGGAL.
► AYAT MESTI ADA SUBJEK DAN PREDIKAT.
► AYAT LOGIK DAN BETUL STRUKTURNYA.
► TANDA BACA BETUL JIKA GUNAKAN CAKAP AJUK.



2.SOALAN 3(b) : SINTAKSIS / AYAT ( 6 MARKAH)

2.1. TUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF DAN SEBALIKNYA.

2.1.1. AYAT AKTIF – MESTI MENGGUNAKAN IMBUHAN ‘MEN’
2.1.2. APABILA MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF PASTIKAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) YANG DIGUNAKAN DALAM AYAT AKTIF.
JIKA KGND 1 DAN 2 MAKA GUNAKAN STRUKTUR AYAT PASIF KGND 1 DAN 2 IAITU KGND 1 ATAU 2 MESTI DILETAKKAN DI DEPAN KATA KERJA.

CONTOH;

AYAT AKTIF : KAMU TELAH MENGHANTAR BUKU ITU SEMALAM
AYAT PASIF : BUKU ITU TELAH KAMU HANTAR SEMALAM

JIKA KGND 3 – GUNAKAN IMBUHAN DI PADA KATA KERJA
CONTOH :

AYAT AKTIF : IBU MENJAHIT BAJU ADIK
AYAT PASIF : BAJU ADIK DIJAHIT OLEH IBU


2.2. TUKAR AYAT SUSUNAN BIASA (SB) KEPADA AYAT SONGSANG (SS) DAN SEBALIKNYA.

2.2.1 KENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT TERMASUK AYAT KETERANGAN JIKA ADA. BAWA PREDIKAT KE HADAPAN DAN SUBJEK KE BELAKANG. KEKALKAN AYAT KETERANGAN.

SB : DIA BARU PULANG DARI LAUT PETANG TADI
S P AT

SS : BARU PULANG DARI LAUT DIA PETANG TADI
P S AT
2.3. MENGGABUNGKAN AYAT DAN MEMISAHKAN AYAT.

2.3.1. MENGGABUNGKAN AYAT.
► PASTIKAN SUBJEK DAN PREDIKAT. LIHAT SAMA ADA SUBJEK ATAU PREDIKAT YANG SAMA. GUGURKAN SALAH SATU, JIKA SUBJEK SAMA GUGURKAN SUBJEK, JIKA PREDIKAT YANG SAMA GUGURKAN PREDIKAT KEMUDIAN GABUNGKAN MENGGUNAKAN KATA HUBUNG YANG SESUAI, KATA ‘YANG’ , ‘UNTUK’ ATAU ‘BAHAWA’

►GABUNGKAN MENJADI TIGA AYAT MAJMUK SAHAJA.


2.3.2. MEMISAHKAN AYAT
► BACA AYAT MAJMUK DAN KESAN PADA SUBJEK DAN PREDIKAT.
► SETELAH DIKENAL PASTI, JADIKAN AYAT TUNGGAL DENGAN MEMBENTUK SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM SATU AYAT TUNGGAL.
► BINA 6 AYAT TUNGGAL.

CONTOH :

IBU KE PASAR MEMBELI IKAN DAN SAYUR. ( AYAT MAJMUK )
S P

KEPADA AYAT

IBU KE PASAR MEMBELI IKAN (A1)
S P
IBU KE PASAR MEMBELI SAYUR (A2)
S P


3.SOALAN 3(c) : TEKNIK MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

► BACA AYAT YANG DIBERI DENGAN TELITI
►LIHAT PADA KATA DASAR SAHAJA UNTUK MENGESAN KESALAHAN EJAAN
►LIHAT PADA PERKATAAN YANG BERIMBUHAN SAHAJA UNTUK MENGESAN KESALAHAN IMBUHAN
► JAWAB DALAM BENTUK ‘POINT’ SAHAJA TANPA MENULIS SEMULA AYAT.


4.SOALAN 3(d) : TEKNIK MEMBETULKAN KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN TATABAHASA

►BACA AYAT YANG DIBERI DENGAN TELITI.
►LIHAT PADA KATA DASAR YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMPASTIKAN SESUAI ATAU TIDAK KATA YANG DIGUNAKAN DALAM AYAT.
►LIHAT STRUKTUR AYAT YANG DIGUNAKAN. KESALAHAN TATABAHASA BIASANYA PADA STRUKTUR AYAT SEPERTI AYAT TRANSITIF AKTIF, AYAT PASIF, HUKUM DM, PENGGUNAAN KGND.
►JAWAB DALAM BENTUK ‘POINT’ SAHAJA TANPA MENULIS SEMULA AYAT.



5.SOALAN 3(e) : TEKNIK MENJAWAB PERIBAHASA

► KUMPULKAN SEMUA PERIBAHASA TINGKATAN 4 DAN 5.
►SEMAK MAKSUD PERIBAHASA GUNAKAN KAMUS PERIBAHASA
► BINA AYAT BERDASARKAN PERIBAHASA.






Pengikut