Rabu, 28 Ogos 2013

Teknik Jawab Novel Untuk Kumpulan HALUS ( Harapan Lulus )


Soalan 4 : Novel

Rangka menjawab soalan Novel

Jika soalan 7 markah atau 8 markah hanya menggunakan satu novel.

______________________ ( masukkan kata atau frasa yang ditanya) dalam novel ____________ ( tuliskan nama novel Azfa Hanani atau Kembara Amera ) ialah _________________ ( letakkan pernyataan ). Peristiwa ________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. ( masukkan peristiwa yang sesuai )

        Seterusnya, _________________________ ( letakkan pernyataan ). Peristiwa _________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. ( masukkan peristiwa yang sesuai )

  

Jika soalan 8 markah perbandingan dua buah novel.

 
Dalam novel Azfa Hanani __________________________   (masukkan kata atau frasa yang ditanya) ialah ______________________ ( masukkan pernyataan ). Peristiwa _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. ( masukkan peristiwa yang sesuai )

       Manakala dalam novel Kembara Amera ____________________ (masukkan kata atau frasa yang ditanya) ialah _______________ ( masukkan pernyataan ). Peristiwa____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. ( masukkan peristiwa yang sesuai )

 

CONTOH JAWAPAN

 
4a.   Kita hendaklah bekerjasama dalam masyarakat.

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua contoh peristiwa yang dapat membuktikan penyataan tersebut.

 Dalam novel Azfa Hanani bekerjasama dalam masyarakat ialah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis. Peristiwa Azfa Hanani menggantikan Tengku Ellina sebagai pengerusi forum remaja sekolah kerana Tengku Ellina terpaksa mengendali mesyuarat untuk malis Hari Sumbangsih sekolah mereka.

Seterusnya bekerjasama menjayakan sesuatu perancangan. Peristiwa Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamat keadaan Datin Maziah yang sakit akibat kemalangan jalan raya. 

  
 
4b.  Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua unsur suspen dalam setiap novel.

     Dalam novel Azfa Hanani unsur suspens  ialah ketika watak utama dipanggil oleh pengetua sekolah . Peristiwa Azfa Hanani dipanggil oleh pengawas untuk berjumpa pengetua telah menyebabkan Azfa Hanani terkejut dan berasa takut kerana dia menyangka bahawa dia akan dihukum kerana mengambil buku di perpustakaan sekolah.

Manakala dalam novel Kembara Amira unsur suspen ialah ketika watak utama jatuh ke dalam air terjun. Peristiwa Amira yang sedang menunggu Malique tiba-tiba terjatuh ke dalam Air Terjun Angin dan hampir lemas. Jacinta cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal. Akhirnya Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau.

 

TOLONG HAFAL  4 PERISTIWA DI BAWAH BERDASARKAN NOVEL YANG DIPELAJARI SEBAB PERISTIWA-PERISTIWA INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN NOVEL. HANYA PERLU SESUAIKAN DENGAN SOALAN DAN PERNYATAAN SAHAJA.

 Novel Azfa Hanani – Watak utama ialah Azfa Hanani

Peristiwa 1

Azfa Hanani sanggup mengambil dan membawa keluar buku rujukan dari perpustakaan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran kerana dia tidak mampu membeli buku rujukan tersebut dan hidupnya miskin.


Peristiwa 2

Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni atas permintaan Kak Shafinaz dan Tengku Mazran kerana ingin membantu keluarga Pak Long Madi yang hidup miskin dan sepupunya Zuraini yang sakit lumpuh.


Peristiwa 3

Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni dan tinggal di banglo Datin Maziah kerana ingin membantu untuk menghilangkan kesedihan Datin Maziah yang telah kehilangan anaknya Tengku Murni dalam suatu kemalangan jalan raya


Peristiwa 4

Azfa Hanani sanggup menggantikan Tengku Ellina sebagai Pengerusi Forum Remaja sekolahnya kerana Tengku Ellina tidak dapat hadir kerana dia perlu menghadiri mesyuarat Program Hari Sumbangsih.
 

Novel Kembara Amira – Watak utamanya ialah Amira.


Peristiwa 1

Amira dan Jacinta sanggup pergi ke Air Terjun Angin untuk berjumpa dengan Malique kerana mereka inginkan maklumat tentang kawasan Gunung Mat Raya dan Desa Karpus.

 Persitiwa 2

Amira sanggup menjaga ibunya Prof. Zaidah yang sakit terseliuh kerana  terjatuh semasa membuat kajian di Desa Karpus sehingga ibunya sembuh / pulih.

 Peristiwa 3

Amira dan Jacinta sanggup memulangkan ketulan emas yang diberikan oleh Itai kepada mereka kerana mereka berpendapat ketulan emas itu bukan milik mereka tetapi milik penduduk asli Gunung Mat Raya.


Peristiwa 4

Amira, Jacinta, pengkaji di Desa Karpus dan penduduk asli Gunung Mat Raya sanggup mencari Malique yang hilang dan diculik oleh makhluk berbulu di Gua Gunung Gajah sehingga Malique ditemui dalam keadaan lemah.

 

 

 

Pengikut