Jumaat, 9 Mei 2014

Bahasa Melayu PPT 2014 - Kertas 1


Bahagian A

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan    :   45 minit ]

Gambar  di bawah menunjukkan sebahagian daripada usaha menceriakan kawasan sekolah.

 

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 

USAHA-USAHA MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

 
                                                Mengadakan gotong royong

 
                 
 
 






Mewujudkan taman mini












Pertandingan keceriaan kelas
 
 

             


















 

                                                                     Bahagian B

 [ 100 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

 

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya

lebih daripada 350 patah perkataan.

 

 

1          Setiap  murid  bercita-cita untuk mencapai kecemerlangan dalam  pelajaran.

           

            Bincangkan usaha-usaha yang wajar  anda  lakukan supaya anda  berjaya dengan cemerlang dalam  pelajaran.

 

 

2.         Kemunculan media sosial seperti  facebook  dan  twitter  telah banyak membawa kebaikan kepada  masyarakat pada hari ini.

 

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

 

 

3          Kawasan tempat tinggal anda berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Sebagai  penduduk yang prihatin,  anda ingin  menulis surat kepada pihak berkenaan bagi menjelaskan potensi tempat tinggal anda   yang  boleh  dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

 

            Tulis surat tersebut selengkapnya.

 

 

4          Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang  seperti  pendidikan, ekonomi dan kebudayaan telah banyak mendatangkan  kebaikan  kepada negara-negara yang terlibat.

 

            Bincangkan.

 

 

5          Golongan sasterawan   banyak berjasa kepada masyarakat dan negara. Jasa mereka wajar dihargai.

           

            Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai jasa golongan sasterawan.

 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

Pengikut