Jumaat, 9 Mei 2014

Soalan Pertengahan Tahun 2014 - Kertas 2


 

Soalan 1 : Rumusan
 
[30 markah]
 
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang  langkah-langkah untuk  menjadi  peniaga  yang  berjaya  dan  faedah-faedah  menceburi  bidang  perniagaan .  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
 
            Pada hari ini dunia perniagaan sangat mencabar dan sengit persaingannya.  Jumlah   syarikat perniagaan telah bertambah dan berkembang dengan pesat. Namun begitu, untuk   memulakan perniagaan, proses perancangan harus bermula dengan strategi yang asas iaitu membuat perancangan secara menyeluruh tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pasaran serta mengambil kira tawaran para pesaing terhadap pasaran tersebut. Strategi perniagaan berkait rapat dengan keputusan yang dibuat dalam menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Hal ini demikian kerana, keputusan yang dibuat akan   mempengaruhi pelbagai aspek berkaitan perniagaan terbabit seperti perubahan terhadap kualiti produk, perkembangan perniagaan dan sebagainya.
 
Untuk membuat sesuatu keputusan yang strategik, peniaga atau pengusaha harus mengenal pasti    segala peluang dan risiko yang terdapat di persekitaran perniagaan terbabit. Hal ini demikian kerana,  persekitaran yang sentiasa berubah akan membentuk peluang dan cabaran yang baharu kepada sesuatu perniagaan. Contohnya, apabila perniagaan yang dijalankan didapati semakin merosot, maka pengusaha terbabit harus membuat keputusan tentang cara yang paling berkesan  untuk menerima  perubahan tersebut. Pengusaha juga harus peka terhadap pelbagai perubahan yang berlaku sama ada perubahan yang positif mahupun negatif kerana perubahan ini boleh berlaku secara perlahan ataupun secara drastik. Kesanggupan untuk berkompromi dengan  pelanggan pula pasti membantu pengusaha untuk memperoleh keuntungan. Peniaga yang   berjaya haruslah melihat prospek dalam jangka masa panjang. Dari semasa ke semasa, pengusaha mestilah berusaha untuk  meningkatkan mutu barangan dan perkhidmatan walaupun akan melibatkan kos yang agak tinggi. Faktor sumber mempunyai kaitan yang rapat dengan  kekuatan dan kelemahan yang akan menentukan masa depan sesebuah syarikat perniagaan. Sumber kewangan yang kukuh dan jumlah hutang yang kecil merupakan asas yang perlu diambil kira oleh mana-mana ahli perniagaan.
 
Mereka sepatutnya menghapuskan tanggapan bahawa ada jalan yang mudah untuk   menjadi kaya. Kalau ada sesiapa yang mempunyai tanggapan sedemikian, maka eloklah       berfikir semula sebelum menceburi bidang perniagaan. Masalahnya, ramai peniaga pada hari ini melihat persaingan dari sudut yang negatif dan beranggapan pesaing perlu dihapuskan.    Dalam perancangan perniagaan,  peniaga hendaklah berusaha memenuhi tanggungjawab sosial supaya perniagaannya tidak dilihat hanya berorientasikan keuntungan material semata-mata.
 
Dari semasa ke semasa, pengusaha juga dapat melihat dan mengubah  strategi yang    digunakan bagi menyesuaikannya dengan semua perubahan yang berlaku di persekitaran     perniagaannya. Melalui semua pertimbangan ini, para pengusaha akan dapat  memastikan    misi dan visi perniagaannya telah tercapai,  perniagaan yang dijalankan terus mampu bersaing dalam pasaran dan menghasilkan pulangan yang membanggakan.
 
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Menyusun Strategi dalam Perniagaan Kecil
Oleh Naroswati Naib;
Dewan Ekonomi, Februari 2011)
 

Soalan 2 : Pemahaman

 

Soalan 2 (a) - Petikan Umum
 
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
 
(i)             Berikan maksud rangkai kata keuntungan material.                                
                                                                                                           [2 markah]      
(ii)       Pengarang  telah  mengemukakan  beberapa  kelebihan  apabila  semua      
     pertimbangan untuk menjadi   pengusaha   yang  berjaya  telah  diambil.
 
      Nyatakan kelebihan-kelebihan tersebut.  
                                                            [3  markah]
 
(iii)       Sumber  kewangan  merupakan  aspek  yang  penting  dan menguruskan perniagaan.    Pada    pandangan    anda,   mengapakah   sesebuah   syarikat perniagaan perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh?
 
    Nyatakan tiga alasan.                                                                              
                                                                                                              [4 markah]
 
 
 
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
 

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

JIMAH:           (Sayu  hatinya  apabila  SABARIAH  menengking SABRI)  Aku tidak suruh         sesiapa  balik, Sani.  Aku tidak mahu menyusahkan kau orang .Aku tunggu laki   aku . Kalau kau nak    balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau     orang semua boleh balik.  (Membuka  ikatan  bungkusan  kain  batik  yang   dijinjing dari tadi.   Dia mengeluarkan lima buah buku bank dan menyerah  kan   kepada SANI).  Sani,  ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya?  Tidak . Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu.  Bapa simpan semua     dalam bank.  Emak dan bapa tidak usik satu sen pun.  Nah kauberi balik pada   kakak, pada abang kau.  Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu     sen pun kami tidak jamah duit itu. (Menangis  tersedu-sedan).           

 

SANI  :   (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya) Mak!  Apa sudah       jadi mak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa mak,  kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan bapa buat belanja.  Kenapa emak tidak gunakan?

 
                      (Dipetik daripada
                                 drama  ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’                                                                                                                                   
oleh SurianiMohdYusof
dalam antologi  Dirgahayu Bahasaku
                                                                                                            Dewan Bahasa dan Pustaka)

 

 
              (i)       Apakah yang telah diperkatakan oleh Jimah tentang bapa?                                                                                                                                               
 [2 markah]

 

            (ii)        Berdasarkan petikan drama di atas, Jimah  sedang memarahi anak-anaknya.                        Kemuncak kemarahannya ialah  dia meminta Sani memulangkan buku-buku                 akaun bank yang mengandungi wang pemberian abang dan kakaknya kepada                     mereka semula. Dia tidak mahu menerima wang pemberian anaknya itu.

 

                        Sekiranya  anda anak Jimah,  jelaskan cara-cara yang dapat  anda lakukan untuk                 meredakan kemarahan Jimah terhadap  anda.

                                                                                                                                     [3 markah]    

            (iii)    Huraikan satu perwatakan Jimah yang terdapat dalam petikan drama  di atas                        dan satu perwatakannya yang lain  daripada keseluruhan drama  tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

[4 markah]

 Soalan 2(c) – Prosa Tradisional

 

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

Maka kata inangda, “Wahai tuan puteri, apalah jadinya kita ini?  Sekarang orang mengepung sudah banyak.”  Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Raja Indera Bumaya sembah segala dayang-dayang itu maka ia pun tersenyum seraya berpantun, demikian bunyinya:

 

            Rumbia banyak di tanjung,

                        Puan di mana sahaya dihempaskan;

            Meski seribu orang mengepung,

                        Tuan tidak abang lepaskan.

 

            Maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan   Raja Indera Bumaya maka dipegang oleh baginda tangan tuan puteri seraya katanya, “Hai tuan puteri, hendak ke mana tuan pergi?  Tiadakah tuan mahu melihat kematian kakanda ini?  Adinda nyawa kakanda, dengar juga kata kakanda.  Sudah mati kelak baharu tuan kembali pada ayahanda bonda tuan.”  Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera Bumaya itu.  Maka tuan puteri pun makin sangat menangis. Di dalam hatinya, ”Sungguhlah juga mati Raja Indera Bumaya ini. Aku pun tiada mahu hidup lagi.” Setelah demikian maka orang mengepung pun makin banyak datang ke bawah mahligai tuan puteri itu. Akan Raja Indera Bumaya itu pun hairanlah serta khayal juga memujuk tuan puteri itu juga. Beberapa kata yang manis-manis dan beberapa pantun dan madah syair.

 

(Dipetik daripada

‘Hikayat Langlang Buana’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

 

 

  1. Berikan maksud kata yang manis-manis.                                  
                                                                                                                               [2 markah]
     
  2. Nyatakan dua tindakan Raja Indera Bumaya apabila mengetahui mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah dikepung.     
                               [3 markah]                                 
     
  3. Pada pandangan anda, mengapakah Raja Indera Bumaya tidak wajar berada di mahligai bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?
     
                Nyatakan dua alasan.                                                            
    [3 markah]

     
    Soalan 2(d) – Pantun
     
    Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
     

Pantun Lapan Kerat

Harun Mat Piah (Penyelenggara)

 

Buat bangsal di tengah hutan,

                                                Tebaslah hutan buat halaman,

                                                            Di tepi halaman menanam kubis,

                                                                         Diselang dengan pokok papaya;

Biarlah bersabar dengan perlahan,

                                                Itulah tanda tuan beriman,

                                                            Tidak patah digoncang iblis,

                                                                        Akhirnya tuan menang berjaya.

 

Ikan teluk parang-parang,

                                                Anak ketam disangka lelabi,

                                                            Berburu musim tengkujuh,

                                                                        Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang,

                                                 Cucu  Adam sepaian nabi,

                                                             Turun dari langit ketujuh,

                                                                         Jadi khalifah kepada Allah.

 

Lengkang-lengkung apa dipaku,

                                                Paku jatuh patah dua,

                                                            Menjadi riuh orang di darat,

                                                                        Anak Cik Itam jatuh jalar;

Bumi kandungan nenek moyangku,

                                                 Kerana lalai rosak binasa,

                                                            Kebudayaan Timur dinodai Barat,

                                                                        Bahasa ibunda hina terbiar.

 

Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka .

 

  1. Berikan  maksud bukan makhluk sebarang-barang.                         
    [2 markah]
     
  2. Baris akhir rangkap ketiga pantun di atas menyatakan bahawa Bahasa ibunda hina            terbiar.
              
                Pada pendapat anda, apakah  yang perlu dilakukan agar bahasa ibunda iaitu bahasa            Melayu dapat dimartabatkan di negara ini?     
     
                Nyatakan dua cara.                                                
                                                                                                                            [3 markah]
     
  3. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.                            [4 markah]                                

 

 

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

 

[ 30 markah ]

 

Jawab semua soalan

 

  1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau  menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

         (i)               penat   

         (ii)              kepenatan

         (iii)             lembap

         (iv)             kelembapan

         (v)              jatuh               

         (vi)             kejatuhan

[6 markah]

 

 

(b)     Tukarkan  ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

 

                        Pengaruh Internet banyak menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan          perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak terdedah kepada bahasa     singkatan atau bahasa rekaan sendiri. Oleh itu,  sebelum bahasa kita terus tercemar       tindakan pencegahan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

 

[6 markah ]

 

 

(c)        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu  kesalahan  ejaan dan satu  kesalahan            penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap    ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu            kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

 

           (i)          Ramai murid yang sanggup tidak menghadiri kelas tiusyen anjuran Persatuan         Ibu Bapa dan Guru di sekolah itu kerana mereka ingin berkunjung ke kafe siber   untuk melayar Internet.

 

          (ii)          Oleh sebab kegiatan pembalakan haram mendatangkan kerugian kepada hidupan manusia dan ekosistem semulajadi, maka kita perlu mencari jalan penyelesaiannya.

 

(iii)        Jangka hayat seseorang yang dikatagorikan mempunyai tahap kecergasan yang maksimum adalah lebih panjang jika dibanding dengan individu yang mempunyai tahap kecergasan yang minimum.

 

[6 markah]

 

 

 

(d)        Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga  kesalahan tatabahasa. Senaraikan  dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

 

                        Waktu makan bersama-sama keluarga merupakan masa yang berkuantiti. Ketika     makan, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak. Peristiwa yang menarik di      sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau cerita tentang   semua  rakan-rakan  rapat  mereka merupakan topik yang  boleh mereka bincangkan.     Secara tidak langsung, ibu  bapa  juga  boleh   mengesan  pekerjaan  harian  anak-anak

            terutamanya yang telah memasuki zaman remaja.  Kajian  juga  menunjukkan  bahawa

            lebih selalu ahli  keluarga  makan  bersama-sama, maka  lebih  rendahlah kemungkinan

           anak-anak terbabit di dalam gejala sosial.

 

[6 markah ]

 

 

(e)     Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan  ayat-ayat tersebut.

 

          (i)           Setelah bersara daripada jawatan pegawai tinggi kerajaan, Ahmad telah kembali menetap di kampung halamannya semula. Namun, sikapnya yang dapat menyesuaikan diri di tanah kelahirannya itu, dia  telah diterima dengan  mudah oleh masyarakat di kampung tersebut.

 

          (ii)          Mak Cik Samsiah berasa terlalu sedih apabila anak bongsunya  yang dipelihara dan dididik dengan penuh kasih sayang telah mencemarkan nama baik keluarganya apabila didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah juvana.

 

          (iii)         Ibu telah menasihati Halim supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata semasa bekerja  di tempat baharu supaya dirinya sentiasa dihormati dan disegani oleh rakan-rakan sekerjanya.

 

 

 

[6 markah]

 

 Soalan 4: Novel

 

[15 markah]

 

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel  yang berikut:
 
 
  (i)
 
 
Kembara Amira  karya Amer Hmzah L. Kadir
 
 
(a)
Watak sampingan dalam sesebuah novel memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan jalan cerita.  Huraikan dua perwatakan salah satu daripada  watak sampingan yang berikut berdasarkan novel yang telah anda kaji:
i.                    Jacinta
ii.                  Itai
 
 
 
                                                                                                              [7 markah]
 
 
 
 
 
 
(b)
Cerita dalam sesebuah novel sering memaparkan latar masyarakat sezaman.
Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.
 
[8 markah]

 

                                                                     

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengikut