Khamis, 17 Mei 2012


KERTAS KONSEP

FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0  PENDAHULUAN

Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sebutan baku akan digunakan sepenuhnya di sekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988.  Yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dalam sistem pendidikan negara, terutama dalam aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar.
  
Untuk mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perlu didedahkan kepada penggunaan  bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah senantiasa disediakan untuk menguasai bahasa baku.

Maka, sebagai suatu langkah  untuk menggalakkan pelaksanaan dan penggunaan bahasa baku ini, Kementerian Pelajaran menganjurkan Pertandingan Forum Remaja.

 2.0   OBJEKTIF

Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku.  Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.


3.0   PENGELOLAAN

 Kementerian Pelajaran Malaysia


4.0   JENIS PERTANDINGAN


Tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 

5.0   PENYERTAAN

          5.1       Terbuka kepada murid tingkatan 4 hingga 6 Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kecuali MRSM.
 

6.0   PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1         Forum diselenggarakan dalam bentuk perbincangan. Peserta akan membincangkan tajuk yang  ditentukan oleh negeri masing-masing. Perbincangan dalam bentuk main peranan tidak dibenarkan sama sekali.

6.2         Pemilihan tajuk peringkat kebangsaan berdasarkan 10 skop yang  disediakan.

1.      Politik

2.      Sosial

3.      Budaya

4.      Ekonomi

5.      Pendidikan

6.      Alam Sekitar

7.      Bahasa dan Sastera

8.      Sains dan Teknologi

9.      Pelancongan

10.   Integrasi
kkkkkkkkkkkkkkkkkkk

6.3         Penyertaan kumpulan yang  menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan..

6.4         Adab semasa berforum juga diberi perhatian.

 6.5         Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang menyampaikan hujah.

 6.6         Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tidak dibenarkan menyampaikan dalam bahasa Arab. Markah penalti akan dipotong sebanyak 5 markah.

6.7      Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira / akan 
                       menjejaskan markah penyampaian.

            6.8         Penilaian markah diberi keutamaan mengikut bahasa, isi, penyampaian dan 
                     pengendalian forum.

          6.9         Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum 5 isi. Markah penuh bagi setiap
                    isi ialah 8, iaitu:

                      a)  penyataan isi                     :  3

b)  huraian/penjelasan            :  3

c)  contoh                               :  2

          Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk
          prestasi pasukan.

 6.10      Bahasa dikira daripada markah penuh (40) dan merangkumi empat    aspek
           seperti yang berikut:

a)  sebutan baku      (20 markah)                    

               b)  tatabahasa           (10 markah)

c)  diksi                    (5 markah)                     

               d)  pertautan             (5 markah)

Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan markah  dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.


6.11      Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20  markah dengan

    pecahan seperti yang berikut:

a)  memulakan perbincangan                     (5 markah)

b)  menggendalikan perbincangan            (10 markah)

c)  menggulung perbincangan                   (5 markah)



6.12      Hanya Pengerusi sahaja dinilai dari  aspek pengendalian forum.
 
6.13      Markah penuh bagi penyampaian  forum ialah 30  markah dengan

    pecahan seperti yang berikut:

a)  Adab dan kesantunan bahasa                (10 markah)

b)  gaya perlakuan                                       (10 markah)

c)  kelancaran tutur kata                              (10 markah)

             6.14      Markah penuh bagi soalan spontan ialah 1 markah (Pengerusi) dan  3 markah
                      (Ahli Panel). Jumlah  ialah 10 markah.

6.15      Markah maksimum bagi setiap ahli forum ialah 73 markah,  manakala  
           markah  maksimum bagi pengerusi pula ialah 91 markah.

6.16      Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim
          berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada  
                       yang sepatutnya, (5 kali) markah maksimum yang boleh dipotong ialah 5
                    markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

 6.17      Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng   amaran akan
          dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat.
           Apa-apa yang disampaikan oleh ahli forum setelah loceng penamat
          dibunyikan tidak akan diberikan markah.

6.18      Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi  

           pasukan akan memberikan  ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding pada peringkat  kebangsaan. Masa tatkala ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.


6.19      Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan. Jawapan yang memuaskan daripada setiap ahli forum diberikan 3 markah. Markah untuk pengerusi pasukan ialah 1 markah. Markah penuh untuk pasukan ialah 10 markah. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 2 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat.

              6.20      Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, pengerusi
                       pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk
                       membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.

            6.21      Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan 
                      munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-
                      satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta pitam dan
                      sebagainya ketika pertandingan diadakan.

6.22      Penilaian markah bagi pertandingan di peringkat kebangsaan akan dinilai secara keseluruhan dari semua aspek.

6.23      Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan hakim akan diambil kira dengan sistem juri dan jika keputusannya seri akan diambil secara agregat. Jika masih seri, ketua hakim akan membuat keputusan.

6.24      Keputusan panel hakim adalah muktamad.


7.0  AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia









Pengikut