Khamis, 17 Mei 2012

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 1 (ASAS)

PANDUAN MENJAWAB BAHASA MELAYU
1103/1 – BAHASA MELAYU KERTAS 1 .

1. FORMAT KERTAS 1
1.1 NAMA KERTAS : BAHASA MELAYU KERTAS 1
1.2 KOD KERTAS : 1103/1 MASA : 2¼ JAM
1.3 BENTUK SOALAN :

1.3.1. BAHAGIAN A – KARANGAN BERPANDU ( 1 ITEM)
MASA MENJAWAB : 45 MINIT 30 MARKAH
JUMLAH PATAH PERKATAAN 200 – 250 PATAH PERKATAAN

1.3.2. BAHAGIAN B – KARANGAN RESPON TERBUKA ( 5 ITEM ) – JAWAB 1 SAHAJA
MASA MENJAWAB 90 MINIT 100 MARKAH JUMLAH PATAH PERKATAAN MELEBIHI 350 PATAH PERKATAAN.

ADA 5 DIMENSI : DIMENSI DIRI ( SOALAN 1)
DIMENSI KELUARGA ( SOALAN 2 )
DIMENSI MASYARAKAT ( SOALAN 3 )
DIMENSI NEGARA / ANTARABANGSA ( SOALAN 4 )
DIMENSI KOMSAS ( SOALAN 5 )

1.3.3. JENIS KARANGAN : BERFORMAT
- SURAT KIRIMAN RASMI / TAK RASMI
- LAPORAN / BERITA / RENCANA
- WAWANCARA / TEMU BUAL
- PERBAHASAN / SYARAHAN / CERAMAH
TIDAK BERFORMAT
- FAKTA
- PERBINCANGAN / PENDAPAT
- ULASAN / KOMEN
- MAKSUD PERIBAHASA

1.4. TAJUK / ISU / TEMA :
PENDIDIKAN
KEMASYARAKATAN / SAINS SOSIAL
PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
ALAM SEKITAR
KESIHATAN
KEBUDAYAAN
PELANCONGAN
TEKNIK MENGARANG

1.0 UNSUR SESEBUAH KARANGAN
- PENDAHULUAN TAFSIRAN
- ISI-ISI PENTING / IDEA / FIKIRAN ( MINIMUM 3 ISI )
- PENUTUP / KESIMPULAN.

2.0 KRITERIA SESEBUAH KARANGAN YANG BAIK.
- PENDAHULUAN / TAFSIRAN YANG BAIK
- ISI / IDEA / FIKIRAN YANG BERNAS
- BAHASA YANG SESUAI
- PENGOLAHAN YANG TERATUR DAN SISTEMATIK.


3.0 PENDAHULUAN / TAFSIRAN

FUNGSI PENDAHULUAN / TAFSIRAN
► PENDAHULUAN KARANGAN / PENGHURAIAN TAJUK
► HALA TUJU KARANGAN / PEMANDUAN KARANGAN
► PENCETUS IDEA / ISI KARANGAN
► DIBINA DALAM 70 – 80 PATAH PERKATAAN
► KESILAPAN TAFSIRAN AKAN MEMESONGKAN KARANGAN.
► MULAKAN AYAT DENGAN MENIMBULKAN ISU /FAKTA / STATISTIK


4.0 ISI / IDEA / FIKIRAN PENTING DALAM KARANGAN

• ISI / FAKTA YANG RELEVEN DENGAN KATA KUNCI DAN ISU YANG HENDAK DIBINCANGKAN.
• MINIMUM 3 ISI - MAKSIMUM 5 ISI.
• ISI BERNAS DAN TEPAT
• DIBINA DALAM SATU PERENGGAN / SATU PERENGGAN 1 ISI.
• ISI DAN PENGHURAIAN ISI BESERTA CONTOH DALAM PERENGAN YANG SAMA.
• SATU PERENGGAN DIBINA DALAM 85 – 100 PATAH PERKATAAN


5.0 BAHASA

• PENILAIAN PALING TINGGI.
• BAHASA GRAMATIS BERSESUAIAN DENGAN LARAS BAHASA / TAJUK YANG DIGUNAKAN.
• KOSA KATA DAN PENGGUNAAN AYAT LUAS DAN BETUL.
• TERDAPAT UNSUR-UNSUR KOHESI, TAUTAN, ENTITI DAN KESATUAN
AYAT.
• KESALAHAN BAHASA YANG PALING MINIMUM.
• PENGHURAIAN ISI ( BERCAMPUR-ADUK ) YANG TERLALU BANYAK DALAM SATU PERENGGAN PERLU DIELAKKAN.
• PENGHURAIAN CONTOH TEPAT DAN LOGIK.

6.0 PENGOLAHAN

• PENYAMPAIAN
• PEMERENGGANAN
• PENANDA WACANA
• KOHEREN
• KOHESI

7.0 PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

PERKARA YANG HENDAK DITULIS: (IKT2H)
▲ ISU ( I )
▲ KESAN ISU ( K )
▲ TINDAKAN UMUM ( T )
▲ HASIL TINDAKAN ( H )
▲ HUBUNGKAIT DENGAN SOALAN ( H )


CONTOH SOALAN 1:

KEJADIAN BULI DI SEKOLAH-SEKOLAH SEMAKIN BERLELUASA SEJAK AKHIR-AKHIR INI. ANDA INGIN MENYUARAKAN PANDANGAN ANDA TENTANG KESAN-KESAN GEJALA BULI.

TULIS PANDANGAN ANDA SELENGKAPNYA.

GEJALA BULI DI SEKOLAH-SEKOLAH MENJADI PERBINCANGAN HANGAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT SEJAK AKHIR-AKHIR INI. BARU-BARU INI SEORANG PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH DI KUALA LIPIS, PAHANG MENGALAMI KECEDERAAN SERIUS AKIBAT DIBULI. (ISU) HAL INI TELAH MENCETUSKAN KEBIMBANGAN MASYARAKAT, TERUTAMA IBU BAPA YANG MENGHANTARKAN ANAK UNTUK BELAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA. ( KESAN ISU ) PIHAK KERAJAAN TELAH MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH DRASTIK UNTUK MENANGANI MASALAH INI, TERMASUK MEMBAWA MEREKA YANG TERLIBAT UNTUK DIHADAPKAN DI MAHKAMAH (TINDAKAN UMUM). NAMUN, GEJALA INI MASIH LAGI BERLAKU DAN SEMAKIN MEREBAK. (HASIL TINDAKAN) SESUNGGUHNYA, GEJALA INI AKAN MENDATANGKAN PELBAGAI KESAN SEKIRANYA TINDAKAN SEGERA TIDAK DIAMBIL UNTUK MENGAWALNYA. (HUBUNG KAIT SOALAN )

8.0. PANDUAN MENULIS PERENGGAN ISI / IDEA / FIKIRAN
►MENGGUNAKAN KAEDAH ‘TFFP’ ( AYAT TOPIK, HURAIAN FRASA 1, HURAIAN FRASA 2, CONTOH DAN PENEGASAN / RUMUSAN PERENGGAN).

►AYAT TOPIK – AYAT YANG MENUNJUKKAN ISI / IDEA / FIKIRAN PENTING BERDASARKAN KATA KUNCI DAN ISU DALAM SOALAN.

►HURAIAN FRASA 1 DAN FRASA 2 MENGGUNAKAN HUBUNG KAIT DENGAN HUKUM 5W + 1H ( APA, MENGAPA, BAGAIMANA, SIAPA, MANA, DAN BILA.

CONTOH PERENGGAN ISI DAN HURAIAN ISI

SOALAN : KEPENTINGAN KITAR SEMULA.
ANTARA KEPENTINGAN KITAR SEMULA KEPADA KITA IALAH KITA DAPAT MEMELIHARA ALAM SEKITAR DENGAN BAIK.(AYAT TOPIK) HAL INI KERANA KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TELAH MENYEDIAKAN TONG KHAS YANG BERTUJUAN UNTUK KITAR SEMULA.(MENGAPA) TONG-TONG INI DILETAKKAN DI KAWASAN AWAM UNTUK MEMUDAHKAN ORANG RAMAI MEMBUANG BARANG-BARANG TERPAKAI YANG BOLEH DIKITAR SEMULA.(BAGAIMANA) DI SEKOLAH-SEKOLAH JUGA TELAH DISEDIAKAN TONG KITAR SEMULA UNTUK MENDIDIK PELAJAR SUPAYA MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR. (MANA) LIHATLAH BETAPA BERSUNGGUH-SUNGGUH PIHAK KERAJAAN INGIN MENJAYAKAN PROGRAM KITAR SEMULA. JIKA SEMUA PIHAK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM INI SUDAH TENTU KEBERSIHAN ALAM SEKITAR YANG MENGGANGGU KESELESAAN MASYARAKAT DAPAT DIATASI.(SIAPA) TONG-TONG INI JUGA TELAH DISEDIAKAN DENGAN WARNA KHUSUS SEPERTI COKLAT UNTUK KACA, JINGGA UNTUK ALUMINIUM DAN PLASTIK SERTA BIRU UNTUK KERTAS.(CONTOH) OLEH ITU, KITA PERLULAH MENYAHUT SERUAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KITAR SEMULA INI KERANA KESUNGGUHAN SEBELAH PIHAK SAHAJA TIDAK AKAN MENDATANGKAN HASIL SEPERTI PERIBAHASA, ‘BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI.’(PENEGASAN /RUMUSAN PERENGGAN)

9.0 PENUTUP / KESIMPULAN
9.1 GUNAKAN PENANDA WACANA KESIMPULAN
SEBAGAI KESIMPULANNYA,…………….
SEBAGAI INTIHA,………………
TUNTASNYA,………………………….
IKHTISARNYA,…………………………
TEGASNYA,…………………………..
SEBAGAI KONKLUSINYA, ………………
9.2. AYAT HARAPAN
KATA KETERANGAN HARAPAN ( SUPAYA , AGAR)
9.3. AYAT CADANGAN
9.4. BINA DALAM 50 – 60 PATAH PERKATAAN



Contoh Karangan Mantap Pelajar
Karangan Bahagian B (Respon Terbuka) soalan 3
SPM BM Kertas 1 2010
Peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara
Contoh karangan Catatan

Negara Malaysia telah menyalakan baraan tekad di pulau cita untuk menjadi sebuah negara yang maju dan gah di persada dunia dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun demikian, di sebalik seribu perubahan yang positif , tetap juga terselit duri dalam daging. Pembangunan negara yang pesat sedikit sebanyak tercalar apabila masalah sosial seperti jenayah, rasuah, pembuangan bayi dan sebagainya sering terpampang di dada akhbar mahupun kaca televisyen. Siapakah yang harus dipersalahkan apabila masalah-masalah seperti ini berlaku? Sasterawan Negara Usman Awang pernah berkata, “jiwa kita dipengaruhi oleh fikiran kita. Jiwa kita berubah apbila fikiran kita berubah”. Hal ini bermaksud rakyat Malaysia perlulah sedar akan peranan masing-masing demi menjamin kesejahteraan negara. Kita haruslah keluar daripada kepompong yang mengongkong kita untuk berfikiran secara kritis dan kreatif. Oleh yang demekian, semua rakyat memainkan peranan mustahak kea rah kesejahteraan negara.

Pendahuluan:
AR1(Ayat Ransangan 1)
AR2- Teknik Peribahasa
AR3- Teknik Contoh
AR4- Teknik Persoalan
AR4- Teknik Pendapat
Pemimpin
AR5
Ayat Arah

Langkah prima dalam memastikan kesejahteraan negara ialah rakyat haruslah menjalin perpaduan yang erat antara satu sama lain.Sepanjang 53 tahun setelah merdeka,negara kita banyak mengalami pelbagai cabaran dalam perbangunan negara bangsa.Isu perpaduan telah dikenal pasti sebagai elemen yang signifikan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang unggul.Oleh sebab itu,seni kata”rakyat hidup besatu dan maju”dimasukkan dalam lirik lagu ‘negaraku’.Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras,bangsa,agama dan budaya perlulah memecahkan tembok perbezaan kaum antara satu sama lain demi membentuk perpaduan,bak kata pepatah”bersatu teguh bercerai roboh”.Kita haruslah nengetepikan segala isu sensitive yang mampu meranapkan peradaban bangsa danmenjalin silaturahim yang erat bersama-sama rakyat lain.Contohnya,amalan rumah terbuka dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong merupakan saluran yang efektif untuk menyemai bebenih perpaduan.Melalui rumah terbuka,kita dapat bergaul mesra dengan kaum lain sempena hari perayaan masing-masing,disamping memahami budaya dan adat resam mereka melalui aktiviti kemasyarakatan pula,rakyat dapat bekerjasama menjayakan sesuatu program.Dengan adanya perpaduan kaum, kestabilan politik negara pasti dapat dijamin, seterusnya menjana kesejahteraan negara.

Isi 1 – menjalin perpaduan yang erat
Ayat Huraian yang jelas.
Contoh yang diberikan sesuai.
Ungkapan menarik yang tepat
Ayat penegas


Di samping itu,rakyat perlulah sentiasa patriotik dan mensyukuri nikmat kemerdekaan serta kesejahteraan yang kita miliki.Kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh negara dan setiap bidang antaranya pengeluaran kereta nasional,pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur,pencapaian Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dalam arena sukan antara bangsa dan sebagainya.Tambahan lagi, kita juga perlu besyukur atas kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh negarawan tersohor dan mengambil tahu serba sedikit tentang sejarah negara.Hal ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme rakyat,sekali gus mencuba sedaya upaya untuk membangunkan negara.Contohnya,mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah perlulah dikuasai sejak bangku sekolah.Mata pelajaran Bahasa Melayu mampu menonjolkan jati diri sebagai rakyat yang bangga akan bahasa sendiri manakala mata pelajaran Sejarah membolehkan rakyatat mengetahui Malaysia dengan lebih lanjut.Janganlah menganggap sejarah itu sebagai catatan kaku dan bisu yang tidak menyumbang apa-apa terhadap pembangunan negara.Rakyat juga boleh menyertai sambutan kemerdekaan yang diadakan demi menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.Sesungguhnya,jikalau setiap rakyat mengambil inisiatif untuk menyemai semangat patriotisme,kesejahteraan negara pasti terjamin.

Isi 2 sentiasa patriotik dan mensyukuri nikmat kemerdekaan
Ayat Huraian yang jelas.
Contoh yang diberikan sesuai.
Kosa kata yang digunakan luas
Ayat Penegas


Seterusnya,rakyat perlulah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat yang tidak taat setia akan mengakibatkanb kedaulatan negara akan tergadai.Rakyat yang mengkhianati negara sendiri akan berdosa besar kerana pada hakikatnya golongan tersebut sanggup mengorbankan kedaulatan dan maruah demi kepentingan diri sendiri bagai “enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing”.Misalnya, semasa Melaka menghadapi serangan portugis pada tahun 1511,terdapat seorang pembelot bernama Si Kitol yang telah memberiahu pihak portugis tentang strategi peperangan Melaka.Akibatnya,pihak Portugis berjaya menjajah Melaka.Bayangkanlah sekira rakyat seperti Si Kitol berada di negara Malaysia,apakah yang akan terjadi?Sudah tentunya anasir-anasir negatif akan mempengaruhi minda genrasi muda,seterusnya mengundang campur tangan kuasa lain.Oleh yang demikian,rakyat perlulah taat setia kepada raja dan negara.Antara tindakan yang mencerminkan ketaatan termasuklah sanggup mempertahankan negara apabila diserang musuh,tidak membocorkan rahsia kepada pihak luar,berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan dan lain-lain.Jelaslah bahawa taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi akan dapat menjamin kesejahteraan negara.

Isi 3 Menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi
Ayat Huraian yang jelas dan matang.
Contoh yang diberikan sesuai.
Kosa kata yang digunakan luas
Ungkapan menarik tepat
Ayat Penegas


Disingkap dari perpspektif lain pula,rakyat juga memainkan peranan untuk menyokong dasar-dasar yang telah digubal oleh kerajaan.Agenda komprehensif yang telah dirangka oleh kerajaan bertujuan untuk memacu negara ke arah kemajuan sehingga mencapai misi kudsi wawasan 2020 yang telah di war-warkan oleh bekas perdana menteri,Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad pada 28 februari 1991.Antara dasar terkini yang telah digubal termasuklah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Program Tranformasi Kerajaan (GTP).Sekiranya rakyat tidak memberi sokongan padu,sudah tentunya program-program seperti ini hanya akan menemu jalan kebuntuan.Malangnya,masih terdapat segelintir rakyat yang gagal mengambil tahu dasar-dasar kerajaan ataupun bersikap mengutuk keberkasana dasar-dasar tersebut.Sikap seperti ini perlulah dikikis keran akan mengancam hasrat kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Bidalan sering mengatakan bahawa,”bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana bemuafakat”.Rakyat seharusnya bekerjasama dengan pemimpin unutk memajukan negara.Contohnya,semasa berlakunya krisis ekonomi,rakyat harus menyahut seruan kerajaan untuk membeli barang buatan tempatan.Apabila kerajaan melancarkan kempen,rakyat harus melibatkan diri dalam aktiviti pengisian kempen secara aktif.Sehubungan dengan itu,sokongan rakyat yang padu dan penglibatan rakyat yang aktif dalam pembangunan negara akan menjamin kesejahteraan negara.

Isi 4 Menyokong dasar kerajaan
Ayat Huraian yang jelas dan matang
Kosa kata yang digunakan luas
Ungkapan menarik tepat
Contoh yang diberikan sesuai.
Ayat penegas

Sebagai akhirulkalam,semua rakyat perlulah menggembleng tenaga tampa prejudis ataupun sebarang konspirasi demi menjamin kesejahteraan negara.Negara Malaysia tidak akan maju sekiranya tabiat ‘tidak kisah’ semamin menebal dalam sanubari majoriti rakyat.Setiap rakyat perlulah sedar bahawa mereka memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab untuk menjana kecemerlangan negara sehingga bakal bergemerlapan di mata dunia.Kata-kata Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, “kita berfikir,berdiri dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia.”Oleh itu,kita haruslah bangkit berlandaskan slogan “ rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” demi melestarikan kesejahteraan Malaysia.”Sebelum tinta mengakhiri kata,hayatilah serangkap pantun di bawah:

Penutup
Ulasan yang matang
Cadangan yang bernas
Harapan

“Sutera bermutu dibuat baju,
Dipakai dara pulang kedesa;
Rakyat bersatu negara maju,
Hidup sejahtera sepanjang masa”
Kreativiti bahasa

Komen :
Tugasan : menjawab tugasan dengan tepat
Idea : Idea relevan dan dihuraikan dengan jelas dan matang
Bahasa : Gramatis, kosa kata luas dan tepat
Pengolahan : menarik dan berkesan serta matang.

Cemerlang
80 – 100 Markah



Contoh Karangan Hubung kait Menggunakan Hukum 5W + 1H


Tajuk : Kepentingan Perpaduan Antara Kaum Serta Usaha-Usaha Untuk Mengekalkannya.


PENGENALAN (JENIS SEJARAH)

Teriakan “Merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang besar kepada kita. Dalam usaha memaknakan kemerdekaan semua kaum , baik Melayu,Cina, India, dan kaum-kaum lain diminta memperteguh ikatan perpaduan agar makna kemerdekaan boleh diisi. Semua kaum sedar akan hak masing-masing dan berlumba-lumba memajukan diri dalam bidang pendidikan, ekonomi, dan ,sosial. Akibat jurang ekonomi yang begitu ketara antara kaum Cina dengan kaum-kaum Bumiputera, khususnya Melayu, telah berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sejarah tidak berbohong dan sejarahlah yang menyedarkan kita dalam segala tindakan. Awal 2001, kita dikejutkan lagi dengan tragedi berdarah di kampung Medan, Petaling Jaya. Luka yang parutnya hampir hilang kini berdarah kembali. Tentu ada yang tidak kena apabila perpaduan yang dipupuk tiba-tiba boleh terburai dengan begitu mudah. Fenomena ini membuktikan betapa pentingnya perpaduan kaum sehingga mendorong pelbagai pihak berusaha mengambil langkah proaktif untuk memantapkan perpaduan rakyat di Malaysia .


Kepentingan Perpaduan Kaum
Isi 1: Negara dapat mengekalkan kestabilan politik.
Apakah kepentingan perpaduan kaum kepada negara?
Perpaduan kaum dapat mengekalkan kestabilan politik di negara kita.

Mengapakah kestabilan politik penting dalam negara kita,
Hal ini kerana negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti Cina, India, Melayu dan kaum-kaum lain. Menurut perlembagaan Persekutuan, mereka dibenarkan mengamalkan agama, budaya dan adat resam masing-masing. Senario ini menyebabkan wujudnya kerencaman budaya antara kaum di Malaysia.

Bagaimanakah kepelbagaian kaum dapat menjejaskan kestabilan politik.
Ironisnya, perbezaan budaya menyebabkan wujud perasaan tidak puas hati atau iri hati sehingga boleh mencetuskan perselisihan antara kaum dalam jangka masa panjang “bagai api dalam sekam”. Situasi ini diburukkan lagi dengan kesempatan yang diambil oleh pihak luar untuk menggugat keamanan di negara kita.
Contoh/bukti
Sebagai bukti , peristiwa hitam 13 Mei telah membuka mata semua pihak betapa pentingnya perpaduan kaum di bumi bertuah ini.Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang .
Rumusan isi
Oleh itu kerencaman budaya pelbagai kaum di negara kita perlu ditangani secara bijak seperti’ ‘menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak’ kerana keselamatan rakyat bergantung pada kemantapan perpaduan rakyat.

Isi 2 : Menjana Ekonomi negara
Apakah kepentingan perpaduan kaum pada ekonomi negara.
Selain itu, perpaduan kaum dapat menjana ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Mengapakah perpaduan kaum penting untuk menjana ekonomi negara kita.
Sehubungan dengan itu, perpaduan kaum yang wujud membolehkan pemimpin –pemimpin negara merancang dan melaksanakan kegiatan ekonomi, dapat menarik pelabur asing dan menggalakkan industri pelancongan negara. Selain itu, rakyat juga dapat menyumbangkan produktiviti kepada negara.

Bagaimanakah perpaduan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Hal ini kerana para pemimpin tidak perlu lagi memikirkan masalah perpaduan sebaliknya memfokuskan tumpuan terhadap peningkatan ekonomi dalam negara. Selain itu, perpaduan kaum yang wujud di negara kita akan menarik pelabur dan pelancong asing ke negara kita. Kedatangan mereka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan” . Ekonomi yang mapan membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai infrastruktur untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Keadaan ini mendorong rakyat bekerja dalam suasana yang selesa bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Contoh / bukti
Sebagai bukti, pertumbuhan ekonomi yang pesat membolehkan Kuala Lumpur sekarang dilitupi ratusan bangunan pencakar langit. Lebih mengagumkan apabila bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) menjadi satu mercu tanda unik yang menjadi kebanggaan warga kota di samping pelbagai bangunan lain seperti Menara Kuala Lumpur yang menyerlahkan kehebatan ibu negara ini di mata dunia.

Rumusan Isi
Oleh itu, perpaduan antara kaum amat penting dalam menjana ekonomi bagi menjamin pembangunan dan kesejahteraan masyarakat bersesuaian dengan pepatah Melayu , iaitu “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENGAMBIL SPM TAHUN 2012

Pengikut